Koronavirus : Penerbangan Turkish Airlines terkandas di Changi berlepas dengan hanya krew, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Koronavirus : Penerbangan Turkish Airlines terkandas di Changi berlepas dengan hanya krew

Mar 05, 2020 | 08:37 AM

 

Penerbangan Turkish Airlines yang terkandas di Lapangan Terbang Changi pada malam Rabu  (4 Mac) telah berlepas sekitar 2.10 pagi pada keesokan paginya, tanpa penumpang.

Akhbat The Straits Times difahamkan sekitar 200 penumpang telah terjejas. Ada yang disediakan penginapan hotel sementara penduduk Singapura pulang ke rumah. 

Krew yang terbang pulang dalam pesawat Boeing 787 itu akan dikuarantin setibanya kembali ke Istanbul. 

Pihak berkuasa prihatin selepas satu kes jangkitan koronavirus disahkan dalam kalangan penumpang yang tiba dari Turkey sebelum itu, dalam pesawat yang sama. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan lewat malam Rabu bahawa salah seorang penumpang dalam penerbangan  TK54 yang tiba di Singapura dari Turkey pada 3 Mac itu, disahkan positif untuk Covid-19. 

MOH telah mula menghubungi penumpang yang berhubungan dengan kes itu sedang kes itu boleh berjangkit.

MOT, bersama dengan Penguasa Penerbangan Sivil Singapura serta Changi Airport Group, sedang membantu dan berhubungan dengan syarikat penerbangan dan penumpang. 

Tambah kenyataan MOT, Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga berhubungan dengan Kedutaan Turkey mengenai hal itu. 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map