Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Penularan tempatan pertama dilaporkan di S'pura

Feb 04, 2020 | 06:30 PM



ENAM lagi kes koronavirus telah disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) petang Selasa (4 Februari) termasuk empat kes pertama melibatkan jangkitan setempat.



Ini membawa jumlah kes yang disahkan di sini kepada 24.



Meskipun empat kes baru itu melibatkan warga, MOH berkata tiada bukti penularan dalam masyarakat buat masa ini.



Keempat-empat kes ini tiada sejarah perjalanan ke China namun mereka telah berhubungan dekat dengan pelancong China yang tiba ke Singapura pada 22 Januari.



Kes pertama dalam kelompok empat kes melibatkan warga ialah seorang wanita warga Singapura, 28 tahun, yang merupakan penolong kedai menjual produk kesihatan, Yong Thai Hang, di 24 Cavan Road.



Beliau, yang merupakan kes ke-19 Singapura, diuji positif virus itu pada 3 Februari dan kini diwadkan di bilik pengasingan di Hospital Besar Singapura (SGH).



Rakan sekerjanya, seorang wanita warga Singapura, 48 tahun, juga telah diuji positif pada 3 Februari, dan telah diwadkan di bilik pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Beliau menetap di Hougang Street 61.



Seorang wanita warga Indonesia berusia 44 tahun juga sah dijangkiti virus itu.



Beliau merupakan pembantu rumah kepada kes ke-19, dan kini diwadkan di bilik pengasingan di SGH.



Mereka tinggal di Jalan Bukit Merah.



Pemandu pelancong yang membawa kumpulan pelancong dari China ke kedai Yong Thai Hang di 24 Cavan Road turut diuji positif virus itu pada 3 Februari.



Beliau merupakan seorang wanita warga Singapura berusia 32 tahun dan kini diwadkan di bilik pengasingan di NCID.



Kumpulan pelancong ini sudah pulang ke China, kata MOH.



Dua lagi kes baru yang disahkan MOH adalah warga Singapura yang dipindahkan dari Wuhan, menaiki penerbangan Scoot, pada 30 Januari. 



Mereka tidak menunjukkan simptom semasa menaiki pesawat dan telah dikuarantin apabila tiba di Singapura namun telah diuji positif virus itu pada 3 Februari.



MOH berkata kes ke-7 Singapura, seorang lelaki asal Wuhan berusia 35 tahun telah dibenarkan pulang dari NCID pada 4 Februari ini. 



Beliau telah pulih dan secara menyeluruh, diuji negatif virus itu.



MOH menambah baki kes yang diuji positif berada dalam keadaan stabil dan tiada yang ditempatkan di wad Unit Jagaan Rapi (ICU). 



Memberi maklumat terkini, MOH juga berkata 289 kes suspek diuji negatif virus itu - termasuk kes sah ke-7 yang telah dibenarkan pulang - sehingga petang ini pada 4 Februari manakala 24 kes diuji positif.



Keputusan bagi baki 20 kes sedang dinanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >