Ramadan tahun ini amat berbeza. Akibat wabak penularan Covid-19, masjid perlu ditutup manakala bazar Ramadan pula harus ditiadakan. Namun, bagi tiga pesakit Covid-19 ini, mereka mengalami pengalaman Ramadan yang boleh dianggap sekali dalam seumur hidup mereka - iaitu dalam pengasingan. Ikuti laporan NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) mewawancara tiga pesakit Covid-19 di salah sebuah kemudahan pengasingan masyarakat, Singapore Expo.
SETIAP kali keputusan ujian menandakan mereka masih lagi positif Covid-19, harapan untuk pulih hambar.