Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Risiko jangkitan rendah, pekerja asing tidak perlu khuatir

Feb 20, 2020 | 09:14 PM



Pekerja asing, jika melaksanakan langkah berjaga-jaga, tidak perlu khuatir kerana Singapura sedang menangani wabak koronavirus dengan baik dan risiko jangkitan agak rendah, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari dalam satu posnya di Facebook pada Khamis (20 Feb).



Beliau menulis pos itu setelah menemui 1,000 pekerja asing syarikat Dyna-Mac Engineering Services sewaktu makan tengah hari pada Khamis (20 Feb) .



Dalam pertemuan itu, para pekerja asing telah berkongsi kekhuatiran mereka terhadap penularan virus itu dengan Encik Zainal. 



"Saya sedar jika mereka rasa khuatir terhadap Covid-19, saya juga amat khuatir terhadapnya. Namun itu merupakan tanda yang baik kerana ia bermakna mereka akan memastikan kebersihan masing-masing," ujar beliau.



Tambahan pula, Encik Zainal  yakin bahawa mereka akan membantu mencegah wabak koronavius bersama dengan Pusat Pekerja Asing (MWC) dengan memainkan peranan masing-masing agar melaksanakan langkah berjaga-jaga secara kerap.  



"Keluarga mereka, majikan serta negara Singapura, amat memerlukan sumbangan mereka, namun jika kami semua melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan dan langkah berjaga-jaga, ia tetap selamat untuk bekerja di sini dan meneruskan kehidupan seperti biasa," tegas beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >