Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Satu lagi kes dibenar pulang, jadikan tujuh pesakit pulih sepenuhnya

Feb 10, 2020 | 09:49 PM



 



SATU lagi kes koronavirus telah dibenar pulang dari hospital pada Isnin, yang bermakna sejumlah tujuh pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenar pulang dari hospital buat masa ini.



Dua lagi kes jangkitan koronavirus pula telah dikenal pasti sehingga 12 tengah hari pada 10 Februari, termasuk satu kes yang dibawa pulang dari Wuhan, di wilayah Hubei di China pada 30 Januari, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Ini bermakna jumlah kes di Singapura pada masa ini adalah 45 kes. 



Mengulas tentang laporan bahawa koronavirus ini boleh merebak menerusi udara, MOH berkata, berdasarkan dapatan seorang pakar dari Pusat Mengawal dan Mencegah Penyakit China,  tiada bukti bahawa virus ini boleh menjangkiti seseorang menerusi udara. 



Buat masa ini, cara ia berjangkit yang diketahui ialah menerusi titisan apabila kita bernafas dan sentuhan.



Salah satu daripada kes baru hari ini ialah warga Singapura lelaki berusia 37 tahun yang bekerja di Certis Cisco dan berkhidmat semasa Chingay. Sebelum menunjukkan simptom, lelaki itu telah menyerahkan perintah kuarantin kepada dua individu dari Wuhan yang selanjutnya diuji positif mempunyai jangkitan itu. Beliau menetap di Sembawang Drive.



Satu lagi kes melibatkan kanak-kanak perempuan warga Singapura berusia dua tahun yang dibawa pulang dari Wuhan pada 30 Januari menggunakan penerbangan Scoot. Kanak-kanak itu tidak menunjukkan simptom semasa menaiki pesawat pulang ke Singapura dan dikuarantin selepas pesawat mendarat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >