Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: SIA batalkan semua penerbangan ke Milan hingga hujung Mei menyusuli sekatan perjalanan

Mar 06, 2020 | 06:24 PM



SINGAPORE Airlines (SIA) berkata pada Jumaat (6 Mac) yang ia telah membatalkan semua penerbangan ke Milan sehingga hujung Mei, berikutan sekatan yang dikenakan ke atas pengunjung dari utara Italy.


Pembatalan itu dibuat dua hari selepas laporan tentang seorang penumpang yang kemudiannya disahkan dijangkiti Covid-19 telah ke Singapura menaiki perkhidmatan SQ355 syarikat penerbangan itu dari Milan.


SIA pada Selasa mengumumkan pembatalan penerbangan ke beberapa destinasi, termasuk Milan, Korea Selatan dan Jepun, di tengah-tengah penularan koronavirus yang semakin meningkat, lapor The Straits Times.


Syarikat itu dan syarikat penerbangan lain di serata dunia terjejas teruk oleh wabak itu, dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengatakan ia boleh menyebabkan syarikat penerbangan kerugian pendapatan sebanyak AS$113 bilion (S$157 bilion) tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >