Seorang rakyat Singapura disahkan menjadi pesakit tempatan pertama yang dijangkiti dengan kedua-dua koronavirus dan denggi.
Wanita berusia 57 tahun itu adalah satu-satunya kes yang diketahui di sini yang dijangkiti oleh kedua-dua penyakit tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH) yang ditukil The Straits Times.
Beliau telah melawat Hospital Besar Ng Teng Fong (NTGFH) pada Khamis dan Sabtu lalu serta dirawat sebagai pesakit denggi di wad umum ketika lawatan keduanya
Ujian tambahan mengesahkan beliau turut dijangkiti virus Covid-19 dan langsung dipindahkan ke bilik pengasingan.
Pesakit lain yang dirawat di wad yang sama dengannya, kini dikuarantinkan di NTGFH, tambah MOH.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Koronavirus : Singapura sahkan pesakit pertama dijangkiti denggi dan koronavirus
Feb 20, 2020 | 09:26 PM