Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: SingPost potong gaji pengurusan tinggi, berhenti ambil pekerja baru

Mar 04, 2020 | 11:47 AM



SYARIKAT SingPost akan berhenti mengambil pekerja baru buat masa ini dan akan mengurangkan gaji pekerja pengurusan tinggi mulai April.



Langkah sementara untuk mengatasi impak wabak Covid-19 itu telah diumumkan ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat tersebut, Encik Paul Coutts kepada semua kakitangan SingPost dalam satu surat pada Rabu (4 Mac), lapor The Straits Times.



Kata Encik Coutts, sejak pemerintah Singapura dan beberapa syarikat besar telah mengambil tindakan pertama untuk melaksanakan beberapa dasar baru bagi mengimbangi kesan wabak ini, SingPost juga akan menerapkan beberapa langkah sedang ia juga mengalami ketidakpastian dalam sekitaran mencabar ini sebagai satu tanda "perpaduan."



Mulai Rabu, SingPost tidak akan menggajikan pekerja baru, namun pengecualian akan diberikan kepada beberapa peranan genting.



Mulai 1 April, semua pekerja berpangkat naib presiden kanan ke atas akan dipotong gaji sebanyak 5 peratus.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >