Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Sphere Exhibits tunda acara hingga Julai, termasuk IT Show

Mar 23, 2020 | 07:06 PM



BEBERAPA acara yang dianjurkan syarikat Sphere Exhibits, termasuk IT Show yang dijadualkan pada Mei, Jun dan Julai telah ditunda.



Ini disebabkan langkah penjarakan selamat lebih ketat oleh Kementerian Kesihatan (MOH), dengan menggantung acara yang menerima sekurangnya 250 peserta mulai sekarang hingga 30 Jun bagi mengurangkan risiko penularan koronavirus, kata syarikat itu pada Isnin (23 Mac).



Bagi Mei, antara acara yang ditunda ialah Pameran Elektronik Pengguna dan Pesta Kesihatan, lapor The Straits Times (ST).



Bagi Jun pula, acara yang terjejas adalah pameran popular, IT Show, BuildTech Asia/ CargoNow serta Pesta Makanan dan Minuman.  



Ini merupakan kali kedua acara-acara tersebut telah ditunda.  Syarikat itu telah merancang untuk menganjurkannya pada Mac, tetapi memutuskan pada Februari lalu untuk menundakannya. 



Acara-acara yang akan ditunda pada Julai pula adalah, Pesta Premium dan Cenderamata Singapura, Expo Pejabat Asia dan Print Pack + Sign, yang akan diadakan pada 23 September hingga 25 September. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >