Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: S'pura sahkan empat kes jangkitan baru termasuk bayi berusia enam bulan

Feb 06, 2020 | 06:58 AM



Lagi empat kes jangkitan koronavirus disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (5 Feb), termasuk jangkitan termuda sejauh ini yang melibatkan seorang bayi berusia enam bulan.



Bayi itu juga merupakan anak satu pasangan yang dijangkiti virus berkenaan.



Tiga antara empat kes baru itu mempunyai hubungan dengan kelompak jangkitan setempat virus tersebut yang diumumkan pada Selasa (4 Feb) dan baki satu kes lagi melibatkan seorang pelancong warga China dari Wuhan.



Pada Selasa (4 Feb), MOH mengesahkan enam kes jangkitan koronavirus, dan antara kes-kes itu, empat wanita yang dijangkiti virus berkenaan tidak melancong ke Wuhan, pusat penularan virus itu.



Empat kes baru itu mempunyai hubungan dengan segolongan pelancong dari Guangxi, China yang telah mengunjungi kedai penjualan produk kesihatan bernama Yong Thai Hang di Lavender.



Jangkitan baru itu membawa jumlah kes jangkitan berkaitan dengan golongan pelancong itu kepada tujuh orang dan jumlah kes di Singapura kepada 28 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >