Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: S'pura sedia ambil tindakan lanjut jika perlu, kata DPM Heng

Feb 25, 2020 | 06:26 PM



PEMERINTAH bersedia untuk memperkenal lebih banyak langkah selain mengambil tindakan susulan sekiranya keadaan memerlukannya, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat sebagai mengulas kesan penularan Covid-19 terhadap ekonomi setempat. 



Bercakap kepada pihak media pagi Selasa (25 Februari) di Hotel ParkRoyal dekat Kitchener Road, DPM Heng berkata apa yang telah dilakukan buat masa ini, menurut penilaian pemerintah, adalah sejajar dengan situasi yang berlaku sekarang.



“Jika situasinya berubah, kita bersedia untuk melakukan lebih banyak jika perlu,” ujarnya.



Beliau berkata adalah sukar untuk meramalkan bagaimana penularan virus ini akan dapat ditangani dan kesannya terhadap ekonomi.



“Tetapi kita mempunyai langkah-langkah (bagi menangani kesan virus ini), sumber, dan kita boleh dan bersedia melakukan lebih banyak lagi jika situasi memerlukannya,” ujarnya.



DPM Heng turut menggesa pekerja dan firma untuk memanfaatkan langkah yang telahpun diketengahkan dalam Belanjawan 2020 selain menggunakan sepenuhnya masa dalam penurunan ekonomi ini untuk mempertingkat kemahiran atau mengubah operasi agar lebih bersedia apabila ekonomi bangkit semula.



Dalam pada itu, beliau turut memberikan respons terhadap perkembangan politik yang berlaku di seberang Tambak.



Menurut Encik Heng, pemerintah Singapura sedang memantau perkembangan politik di Malaysia dengan teliti dan akan menghormati keputusan yang dibuat pemimpin negara itu serta bersedia bekerjasama dengan pemerintah yang terpilih.



“Kami akan menghormati keputusan pemimpin Malaysia dan akan bekerjasama dengan pemerintah yang terpilih,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >