Koronavirus: Syarikat kapal persiaran elak Singapura, batal pelayaran ke Asia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Koronavirus: Syarikat kapal persiaran elak Singapura, batal pelayaran ke Asia

Feb 13, 2020 | 09:54 PM

BEBERAPA syarikat kapal persiaran besar telah membatalkan pelayaran ke Singapura atau mengelakkan dari Asia bagi baki musim pelayaran ini, berikutan wabak koronavirus yang terus menular.
 
Ini dijangka menjejas sektor itu, yang merupakan sektor  pelancongan yang sedang pesat berkembang di rantau ini, lapor The Straits Times (ST)

Terdapat juga beberapa pelayaran yang telah dibatalkan baru-baru ini memandangkan beberapa kawasan pelabuhan di rantau ini yang tidak akan membenarkan kapal persiaran berlabuh ekoran kekhuatiran terhadap penularan virus berkenaan.

Syarikat Celebrity Cruises memberitahu ST pada Khamis (Feb 13) bahawa kapalnya yang bernama Celebrity Millennium akan ke Amerika Syarikat (AS) tiga bulan lebih awal daripada yang dirancangkan sebelum ini.

Royal Caribbean juga mengatakan bahawa dua pelayaran kapal Quantum of the Seas yang akan berangkat dari Singapura pada Sabtu (15 Feb) dan 24 Februari telah dibatalkan akibat "keadaan perjalanan semasa di rantau ini."

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map