Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Tiada bukti jangkitan melalui udara, kata MOH

Feb 11, 2020 | 12:33 PM



TIADA bukti koronavirus boleh dijangkiti melalui udara, kata Kementerian Kesihatan (MOM) pada Isnin (10 Februari).



 



Kementerian itu berkata pada malam Isnin ia telah mengkaji laporan bahawa virus itu, yang mula menular di bandar Wuhan, boleh disebarkan menerusi penjangkitan bentuk cecair di udara atau aerosol.



 



“Berdasarkan bukti yang ada di China, pakar daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata tiada bukti buat masa ini bahawa virus itu boleh dijangkiti melalui aerosol," kata MOH, yang dipetik The New Paper.



 



Kementerian itu menambah, kaedah jangkitan virus yang diketahui sejauh ini adalah melalui titisan pernafasan dan hubungan fizikal.



 



Sabtu lalu, seorang pegawai Shanghai mengumumkan bahawa virus itu kini boleh dijangkiti melalui aerosol, yang bermaksud virus itu boleh berada di udara untuk jangka masa lama dan menjangkiti orang melalui nafas mereka.



 



Timbalan Ketua Biro Ehwal Sivil Shanghai Zeng Qun dipetik oleh China Daily sebagai berkata: "Penularan aerosol merujuk kepada pencampuran virus dengan titisan di udara untuk membentuk aerosol, yang menyebabkan jangkitan selepas penarikan nafas.”



 



Tetapi ahli penyakit Feng Luzhao menafikan kenyataan itu dengan menarik perhatian bahawa koronavirus tidak kekal terapung di udara untuk masa yang lama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >