Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Koronavirus: 'Tidak dapat dielakkan' Singapura akan alami kematian akibat Covid-19, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong

Mar 06, 2020 | 06:14 PM

ADALAH "tidak dapat dielakkan" yang Singapura akan mengalami kematian akibat koronavirus, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat (6 Mac).

Encik Gan, pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditubuhkan untuk memerangi penyebaran virus itu, memberitahu di satu taklimat bahawa pesakit di Unit Jagaan Rapi (ICU) - tujuh pada Khamis - berada dalam keadaan yang agak kritikal.

"Pekerja penjagaan kesihatan kita sedang bekerja keras dan mencuba sebaik mungkin untuk menyokong mereka dan berharap mereka dapat pulih. Tetapi tidak dapat dielakkan pada satu masa, kita akan melihat kematian akibat Covid-19, seperti yang kita lihat di sekeliling dunia," katanya yang memberi amaran serupa di taklimat pada 12 Februari.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kenneth Mak, yang juga hadir di taklimat pada Jumaat, berkata Singapura "bernasib baik" sejumlah orang yang dimasukkan ke hospital hanya mempunyai simptom ringan dan pesakit telah ditahan di hospital untuk tempoh yang panjang untuk memastikan mereka bebas daripada virus itu sebelum dibenarkan pulang.

Beliau memberitahu taklimat itu: "Terdapat beberapa individu di ICU yang sakit, (mereka) semua memerlukan sokongan oksigen. Beberapa individu ini telah menerima rawatan lain, termasuk penggunaan perubatan antiviral. "