Subuh
5:47
Syuruk
7:04
Zuhur
1:09
Asar
4:17
Maghrib
7:12
Isyak
8:21
Setempat

Koronavirus: Tiga kes baru dikesan, empat pulih, dibenar pulang dari hospital

Feb 27, 2020 | 09:42 PM

TIGA kes koronavirus baru disahkan di Singapura pada Khamis (27 Februari), dan empat kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Secara keseluruhan 66 orang telah sembuh.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata dua daripada tiga kes baru berkait dengan kes terdahulu.

Kes 94 ialah wanita warga Singapura berusia 64 tahun tanpa sejarah perjalanan ke China, Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan.

Beliau disahkan positif Covid-19 pada petang Rabu. Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau banyak berada di rumahnya di kawasan Jalan Jurong Kechil.

Beliau kini dirawat dalam bilik pengasingan di Hospital Besar Singapura (SGH).

Kes 95 ialah lelaki warga Singapura berusia 44 tahun tanpa sejarah perjalanan ke China, atau Daegu dan Cheongdo.

Beliau disahkan positif Covid-19 pada pagi Khamis dan kini dirawat dalam bilik pengasingan di  Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID). Beliau berkait dengan Kes 93.

Kes 96 ialah kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia 12 tahun juga tanpa sejarah perjalanan ke China, Daegu dan Cheongdo.

Dia seorang pelajar di Raffles Institution (RI) dan berkait dengan Kes 94.

Dia disahkan positif Covid-19 pada petang Khamis dan kini dirawat dalam bilik pengasingan di  Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).