Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Tutup hawa dingin dan buka tingkap untuk kurangkan risiko jangkitan, kata pakar

Feb 11, 2020 | 11:24 AM



SELAIN mencuci tangan dan membersihkan permukaan benda, orang ramai perlu menutup hawa dingin, membuka kipas angin dan mendapatkan udara segar untuk mengurangkan risiko menjangkiti koronavirus novel.



 



Sebabnya adalah meskipun banyak perkara masih lagi tidak diketahui mengenai virus ini, namun kajian sebelum ini telah menunjukkan virus lebih mudah merebak dalam cuaca sejuk dan kering.



 



Ini bermakna Singapura, dengan cuaca panas dan tropikalnya, adalah tempat yang tidak sesuai untuk virus merebak.



 



“Berita baik” bagi Singapura ini disampaikan ketua pakar sains kesihatan Kementerian Kesihatan Professor Tan Chorh Chuan di satu sidang akhbar pada Isnin (10 Februari).



 



“Kemungkinan virus merebak di luar lebih rendah,” katanya, yang turut merujuk kepada penggunaan kerap hawa dingin di Singapura.



 



“Kebanyakan kajian mengatakan ia tidak merebak dengan baik dalam sekitaran panas dan lembap.



 



“Sekitaran panas dan lembap bermakna lebih 30 darjah selsius, dan dengan kadar kelembapan melebihi 80 peratus.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >