Koronavirus: Warga S’pura bergaji rendah hingga pertengahan hilang pendapatan boleh dapat bantuan mulai 1 April, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Koronavirus: Warga S’pura bergaji rendah hingga pertengahan hilang pendapatan boleh dapat bantuan mulai 1 April

Mar 27, 2020 | 09:33 PM

GOLONGAN yang terjejas secara kewangan akibat wabak koronavirus disebabkan kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan boleh memohon bantuan wang tunai sekali sahaja sebanyak $500, mulai 1 April ini. 

Di bawah Dana Bantuan Sementara, warga dan penduduk tetap Singapura berpendapatan rendah hingga pertengahan yang tidak menerima bantuan ComCare boleh mendapat bantuan kewangan segera untuk bantu membiayai perbelanjaan asas seharian mereka.

Permohonan akan dibuka di semua pusat khidmat sosial (SSO) yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta semua kelab masyarakat mulai 1 hingga 30 April. 

Mereka yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan baru disebabkan pandemik ini boleh memohon Geran Sokongan Covid-19, yang menyediakan bantuan kewangan jangka panjang dan sokongan pekerjaan.

Mulai 1 Mei, mereka yang layak akan menerima $800 sebulan selama tiga bulan jika mereka tekad menerima pekerjaan dan sokongan latihan daripada Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map