Koronavirus Wuhan: Pengunjung dengan sejarah perjalanan ke China tidak dibenarkan masuk S'pura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Koronavirus Wuhan: Pengunjung dengan sejarah perjalanan ke China tidak dibenarkan masuk S'pura

Jan 31, 2020 | 06:36 PM

MULAI 11.59 malam pada 1 Februari 2020, semua pengunjung dengan sejarah perjalanan dari China (PRC) sejak 14 hari lalu tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura, atau transit di negara ini.

Warga Singapura, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang termasuk pemegang Pas dan Permit Kerja, Pas Pelajar, Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Jangka Panjang, dengan sejarah perjalanan ke PRC sejak 14 hari lalu akan diberikan cuti tanpa hadir (LOA) selama 14 hari bermula hari mereka kembali dari China.

Pada masa yang sama, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menggantung pengeluaran semua bentuk visa baru kepada mereka yang mempunyai passport PRC serta menggantung status Singapura sebagai kemudahan transit visa percuma kepada pemegang pasport PRC.

Demikian dinyatakan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat (31 Januari).

"Memandangkan kemungkinan merebak (koronavirus) semakin tinggi dari pengunjung yang datang dari kawasan lain di China, MOH telah menilai bahawa lebih bijak untuk mengambil lebih banyak langkah berjaga-jaga pada masa ini.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Oleh itu, pasukan bertindak berbilang kementerian telah memutuskan untuk mengambil langkah selanjutnya untuk mengehadkan potensi risiko yang ditimbulkan pengunjung dari China terhadap Singapura," jelas kenyataan tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map