Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Koroner: Kematian 3 beranak dek renjatan elektrik satu nahas

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



TRAGEDI kematian tiga beranak - seorang lelaki bersama ibu dan bapanya - akibat terkena renjatan elektrik pada 2020 daripada pemanas air yang tidak dipasang secara selamat merupakan satu "nahas", kata Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, kelmarin.



Tragedi tersebut berlaku dalam sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Ho Ching Road di Jurong pada 10 Disember tahun tersebut, dan meragut nyawa Encik Omar Abdul Manan, 80 tahun; isterinya, Cik Asmah Bujang, 66 tahun; dan, anak lelaki mereka, Encik Muhamad Ashikin Omar, 45 tahun.



Kelmarin, Encik Adam berkata model pemanas air dalam kes tersebut telah diluluskan untuk kegunaan di Singapura.



Menganggap kes itu sebagai "nahas amat tragik", beliau menekankan bahawa peralatan sedemikian patut dipasang dengan betul mengikut spesifikasi pengilangnya.



Encik Adam berkata, Allahyarham Omar yang ditemui dalam tandas telah terkena renjatan elektrik semasa mandi.



Allahyarhamha Asmah mengalami nasib serupa semasa bergegas membantunya.



Allahyarham Muhamad Ashikin yang tiba kemudian ke flat itu, juga terkena renjatan elektrik semasa cuba membantu kededua orang tuanya itu.



Menyusuli tragedi tersebut, anak perempuan pasangan warga senja itu memberitahu para penyiasat yang beliau tidak tahu siapa yang memasang pemanas air tersebut.



Dalam satu perbicaraan awal, mahkamah diberitahu bahawa satu plag tiga pin yang disambung kepada satu soket elektrik telah digunakan untuk membekalkan kuasa kepada pemanas itu.



March lalu, jurutera bersekutu kanan di Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Goh Chin Fong, memberikan keterangan di mahkamah bahawa pemanas itu sepatutnya dipasang langsung ke satu suis dua kutub dan bukan di plag dinding.



Encik Goh yang memberikan keterangan pakar itu menganggap suis dua kutub sebagai satu alat yang mempunyai "suis buka tutup dengan cahaya buka tutup".



Semasa penyiasat memisahkan plug tiga pin pemanas air itu, mereka dapati bahawa kabel neutral dan kabel bumi telah bercantum.



Ini menyebabkan arus disalur balik ke satu tangki pemanas dalam pemanas air itu, lantas memberi tenaga pada hos logam yang disambung pada tangki.



Encik Goh berkata kabel dalam plug tiga pin itu mungkin telah bercantum kerana terlebih beban.



Satu suis dua kutub dianggap lebih selamat memandangkan kabelnya dijarakkan lebih jauh, lantas mengurangkan risiko kabel bercantum. Mahkamah diberitahu bahawa pemanas air itu sepatutnya telah menyebabkan bekalan kuasa terputus kerana kebocoran elektrik.



Dan ini sepatutnya memutuskan kuasa pada unit tersebut.



Tapi bila penyiasat memeriksa flat itu, mereka dapati bahawa pemutus litar arus baki (RCCB) tidak melindungi litar elektrik utama untuk seluruh unit itu. Hanya bilik utiliti flat itu yang terlindung.



Pasangan itu telah tinggal di flat tersebut sejak 1970-an.



Pada masa itu, flat HDB tidak dipasang dengan RCCB, kata Encik Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >