Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koroner NZ: Mangsa nahas ngantuk semasa memandu

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA jam selepas mendarat di New Zealand pada 2017, sepasang suami isteri warga Singapura terus menyewa dan memandu sebuah karavan untuk percutian mereka.



Tidak sampai tiga jam kemudian, Encik Chin Tze Hau, 38 tahun, dan isterinya, Cik Ong See Yee, 29 tahun, terbunuh selepas kenderaan mereka bertembung kenderaan lain yang dipandu dari arah bertentangan di sebuah lebuh raya di sana.



"Polis New Zealand menganggap Encik Chin mungkin keletihan dan memandu kereta tanpa kesedaran atau mengalami micro-sleep (di mana seseorang itu tidur secara tiba-tiba untuk tempoh yang singkat) sewaktu kejadian berlaku," kata koroner New Zealand Cik Anna Tutton dalam sebuah laporan beliau yang telah dikemas kini bulan lalu.



"Cik Ong dan Encik Chin telah dinasihati untuk mendapatkan tidur yang cukup selepas penerbangan panjang. Bahaya memandu semasa keletihan terbukti dengan kematian mereka," tambah beliau, berdasarkan penemuannya Oktober lalu.



Pasangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian di Lebuh Raya State Highway 1 berdekatan bandar Bankside, kira-kira 40 kilometer dari selatan Christchurch, dan mengalami kecederaan hentakan kuat di bahagian atas badan dan kepala mereka, lapor The Straits Times.



Pemandu trak yang dilanggar mengalami kecederaan di tangan.



Encik Chin dan Cik Ong tiba di lapangan terbang Christchurch kira-kira jam 8.30 pagi dari sebuah penerbangan dari Singapura yang mengambil masa lebih kurang 10 jam.



Sekitar jam 10.30 pagi, dua jam selepas mendarat, mereka menyewa sebuah karavan dan meneruskan perjalanan mereka.



Kira-kira jam satu tengah hari, kenderaan yang dipandu Encik Chin bergerak keluar dari jalan raya, dan walaupun Encik Chin cuba untuk mengawal kenderaannya, ia tergolek di bahagian tepi dan berlanggar dengan sebuah trak kecil dari arah bertentangan.



Agensi Pengangkutan New Zealand (NZTA) menasihatkan cara untuk menghilangkan keletihan adalah untuk berhenti memandu dan mendapatkan tidur yang secukupnya, kata Koroner Tutton.



Tanda-tanda amaran lain termasuk menguap dan menggosok mata berulang-kali, memasuki laluan lain di jalan raya, mengekori kenderaan di hadapan, dan berasa gelisah dan mudah marah.



"Jika tidak boleh memberhentikan kenderaan, pemandu harus berehat setiap dua jam, atau pada setiap 100km, dalam perjalanan mereka," kata koroner itu di dalam laporannya, yang dipetik dari NZTA.



Satu arahan di bawah Akta Koroner New Zealand melarang gambar-gambar Cik Ong dan Encik Chin yang diambil pihak polis New Zealand dari diterbitkan, untuk menjaga tata tertib dan privasi pasangan tersebut.



Sebuah laporan The Straits Times yang dikeluarkan semasa kejadian berlaku menyatakan pasangan tersebut telah berkahwin selama enam tahun, dan mereka ke New Zealand untuk percutian 10 hari untuk meraikan hari lahir Cik Ong yang ke-29.



Pasangan itu bekerja di sebuah syarikat barangan audio-visual di Kaki Bukit, di mana Encik Chin bertugas sebagai seorang pengarah teknikal dan Cik Ong pula merupakan eksekutif operasi di syarikat itu.



Encik Chin dikatakan sebagai seorang yang gemar melancong, manakala Cik Ong pula disifatkan sebagai seorang yang ramah dan seorang rakan yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >