Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos batal perjanjian Hab Sukan dianggar $2.3 bilion

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



KOS penuh untuk membatalkan perjanjian perkongsian awam-swastanya (PPP) bagi Hab Sukan Singapura dianggarkan sebanyak $2.3 bilion, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Jumlah ini hampir sama dengan jumlah yang perlu dibayar pemerintah di bawah PPP itu sekiranya pemerintah meneruskan dengannya sehingga ia tamat dalam masa 13 tahun, atau pada 2035.



Encik Tong berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Menteri berhubung Hab Sukan itu di Parlimen semalam.



Majlis Sukan Singapura (SportSG) sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan sepenuhnya daripada pengendalinya sekarang, SportsHub Pte Ltd (SHPL), pada 9 Disember.



SHPL merupakan sebuah konsortium yang ditubuhkan untuk membina dan mengendali Hab Sukan dan di bawah PPP, mereka sepatutnya mengendali Hab Sukan hingga 2035.



Beberapa Anggota Parlimen termasuk Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) dan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) telah bertanya berapa jumlah yang akan dibayar pemerintah untuk membatalkan perjanjian itu awal dan bagaimana jumlah itu boleh dibandingkan dengan jumlah yang perlu terus dibayar pemerintah sekiranya perjanjian itu diteruskan hingga 2035.



Encik Tong menerangkan bahawa SHPL telah membiayai sepenuhnya perbelanjaan modal awal bagi pembinaan Hab Sukan dengan mengambil pinjaman.



"Ini bermakna pemerintah tidak perlu menyumbang sebarang modal di peringkat awal bagi pembinaannya pada 2010," ujarnya.



Apabila Hab Sukan mula beroperasi pada 2014, pemerintah membayar SHPL $193.7 juta setahun dan perlu terus membayar jumlah itu hingga 2035 sekiranya pemerintah tidak membatalkan perjanjian itu awal.



Dengan bayaran daripada pemerintah itu, SHPL bertanggungjawab bagi perbelanjaan operasi penuh Hab Sukan dan aset itu akan diserahkan kepada pemerintah tanpa kos pada 2035, kata Encik Tong.



Ini bermakna pemerintah perlu membayar sejumlah $2.32 bilion kepada SHPL dari tahun ini hingga 2035 sekiranya perjanjian itu diteruskan.



Dengan langkah membatalkan perjanjian tersebut, pemerintah perlu membayar SHPL bagi pembatalan perjanjian dan kos mengendali Hab Sukan pada masa akan datang.



Secara keseluruhan, pemerintah perlu membayar sekitar $2.3 bilion kepada SHPL untuk membatalkan perjanjian itu.



"Dengan mengambil kira dua jenis kos yang perlu dibayar bagi pembatalan perjanjian itu - iaitu jumlah yang perlu dibayar kepada SHPL yang sebahagian besarnya mencerminkan perbelanjaan modal di peringkat awal dan kos operasi pada masa akan datang - ini sesuatu yang adil bagi pemerintah mengambil semula aset ini," ujarnya.



Beliau turut menarik perhatian bahawa tiada komponen yang berbentuk penalti terhadap pemerintah bagi pembatalan awal itu.



Encik Tong turut menarik perhatian bahawa keputusan membatalkan projek Hab Sukan itu tidak didorong sebab kewangan atau menjimat wang.



Beberapa Anggota Parlimen turut tampil bertanya beberapa soalan selepas Encik Tong menyampaikan Kenyataan Menteri itu.



Antara mereka termasuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, yang mempersoal keputusan membina dan mengendali Hab Sukan sebagai PPP serta mengapa keputusan tersebut diambil.



Dalam responsnya, Encik Tong mengulangi jawapannya bahawa pemerintah memilih model itu kerana mereka mahu rakan kongsinya terlibat secara langsung dan menanggung risiko projek itu juga selain memastikan disiplin kewangan dan pasaran dengan cara projek itu distrukturkan.



Beberapa Anggota Parlimen lain termasuk Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) dan Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, turut tampil mengemukakan soalan namun dicelah Encik Leong beberapa kali.



Ini mendorong Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, tampil mengulas tentang kelakuan Encik Leong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >