Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos binaan yang meningkat tidak jejas harga flat: Desmond Lee

Pemerintah juga bekerja rapat dengan kontraktor bagi kurangkan penangguhan projek flat BTO
May 25, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee memberi keyakinan bahawa kos binaan yang meningkat akibat gangguan Covid-19 tidak akan menjejas harga flat baru dengan ketara.



Pemerintah juga sedang bekerja rapat dengan kontraktor bagi mengurangkan penangguhan dalam projek flat Bina Mengikut Tempahan (BTO), kata beliau.



Bercakap dalam acara Sidang Perniagaan secara Maya OrangeTee 2021 semalam, Encik Lee berkata meskipun pemerintah telah campur tangan untuk menyediakan sokongan kepada sektor binaan mengharungi masa sukar sekarang namun kesan pandemik Covid-19 - seperti kos meningkat dan projek awam seperti BTO, akan terus tertangguh - akan tetap terasa.



Maka itu, pemerintah sedang berusaha untuk meredakan kesan cabaran tersebut terhadap industri dan pembeli rumah.



"Khususnya, dalam hal perumahan awam, kami komited memastikan ia kekal dimampui dan boleh diakses oleh warga Singapura.



"Kami akan terus meletakkan harga flat BTO berdasarkan kemampuan para pembeli rumah dan bukan berdasarkan meraih kembali kos.



"Lantaran itu, kos binaan yang melonjak tidak akan menjejas harga flat baru secara signifikan," terang Encik Lee.



Pada masa sama, Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) sedang bekerja rapat dengan pihak kontraktor untuk mengurangkan penangguhan projek-projek BTO.



Justeru, projek-projek BTO dijangka tertangguh selama lagi tiga bulan, berbanding enam hingga sembilan bulan sepertimana yang dikatakan pada April lalu, menurut Encik Lee.



Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa flat-flat baru yang mempunyai tempoh pajakan lebih pendek dan penjualan semula yang terhad kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merupakan antara saranan yang dipertimbangkan bagi projek perumahan awam di masa hadapan yang terletak di lokasi utama di kawasan bandar.



Satu lagi idea ialah mengenakan tempoh penginapan sementara (MOP) minimum lebih panjang sebelum unit-unit itu dijual atau disewakan semula.



Namun, beliau akur bahawa setiap saranan itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.



Walaupun melancarkan flat BTO dengan tempoh pajakan yang pendek di lokasi utama akan menjadikan harganya lebih murah, beliau berkata ia juga perlu menimbangkan keperluan pembeli-pembeli unit itu seterusnya.



"Apakah baki tempoh pajakan itu cukup untuk memenuhi keperluan mereka?'' tanyanya.



Daripada membenarkan pemilik flat menjual flat BTO di lokasi utama secara langsung dalam pasaran terbuka, satu saranan ialah membenarkan mereka menjual kepada HDB, yang boleh menjualkannya semula pada harga yang dimampui.



Tetapi, idea itu juga mempunyai kelemahan kerana ia amat mencabar untuk menentukan harga membeli balik flat yang adil, tambahnya.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >