Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos gajikan amah Indonesia lebih tinggi mulai tahun depan

Nov 11, 2015 | 09:24 AM



Majikan dikehendaki membayar lebih apabila menggajikan atau memperbaharui kontrak pembantu rumah Indonesia mulai tahun depan.


Kedutaan Indonesia mengumumkan dalam surat kepada agensi pembantu rumah Singapura bulan lalu bahawa pembantu rumah dari negaranya mesti dibayar sekurang-kurangnya $550 sebulan, berbanding $500 sekarang.


Kali terakhir gaji mereka dinaikkan ialah September tahun lalu, daripada $450 kepada $500.


Terdapat kira-kira 125,000 pembantu rumah Indonesia di Singapura, membentuk kira-kira separuh jumlah pembantu rumah asing di sini.


Kaunselor Kedutaan Indonesia, Cik Sukmo Yuwono, memberitahu akhbar The Straits Times gaji minimum lebih tinggi itu ialah bagi pembantu rumah yang datang bekerja di sini mulai Januari tahun depan, dan yang kontrak mereka diperbaharui tahun depan.


Beliau memberi beberapa sebab bagi keputusan kerajaan Indonesia menaikkan gaji minimum itu, termasuk melindungi wanita Indonesia yang pergi ke luar negara untuk bekerja.


"Kami perlu melindungi pendapatan pembantu rumah Indonesia. Singapura juga tidak mempunyai gaji minimum, tidak seperti negara lain, seperti Taiwan dan Hong Kong," katanya.


Menurut akhbar tersebut, Pengarah Urusan agensi pembantu rumah Nation Employment, Encik Gary Chin, berkata, "kenaikan itu mungkin terlalu kerap".


"Majikan perlu sedikit masa untuk mencerna dan membiasakan diri dengannya. Mungkin ada yang akan menimbangkan mengambil pekerja dari pelbagai negara lain," kata beliau, sambil menambah bahawa pembantu rumah di sini dibayar $450 hingga $550 setiap bulan.


Seorang lagi pemilik agensi, yang enggan namanya disiar, berkata kenaikan itu satu kejutan kerana gaji bukan antara isu yang dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang seorang pegawai kerajaan Indonesia adakan baru-baru ini bersama beberapa agensi pembantu rumah.


Semasa dihubungi akhbar itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bahawa ia tidak menerima sebarang notis rasmi mengenai gaji minimum baru yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.


"Walaupun negara sumber boleh memilih mengenakan syarat tambahan yang ditadbir oleh kerajaan asing atau kedutaan, agensi pekerjaan dan majikan perlu menilai apakah mereka boleh memenuhi keperluan itu ketika mendapatkan pembantu rumah asing dan membuat keputusan mengenai menggajikan mereka," kata jurucakap MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >