Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos gajikan pembantu rumah Indonesia baru boleh bertambah $3,000 buat majikan S'pura

Dec 17, 2020 | 08:17 PM



MULAI bulan depan, golongan majikan perlu melunaskan bayaran penempatan sekali yang sebelum ini ditampung pembantu rumah asing Indonesia yang mula bekerja buat mereka.



Ibu tunggal, Cik Lynda Lee, yang bergantung pada pembantu asing dari Indonesia sejak 10 tahun lalu terpaksa mencari pembantu dari negara lain bagi menggantikan bekas pembantunya.



Ini adalah kerana ketetapan baru oleh penguasa Indonesia untuk mengalihkan kos penempatan pembantu asing kepada majikan mulai bulan depan akan menambah kos tambahan sehingga $3,000.



Bayaran sekali itu meliputi kos pengangkutan, penginapan dan pemeriksaan perubatan pembantu rumah baru yang datang ke Singapura. Sebelum ini, kos tersebut dipotong daripada pendapatan pembantu rumah berkenaan bagi beberapa bulan.



Seorang jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memberitahu akhbar The New Paper ia telah menerima maklum balas daripada agensi menggajikan pekerja bahawa pihak berkuasa Indonesia akan melaksanakan "dasar bayaran penempatan sifar" mulai 1 Januari tahun depan.



Undang-undang itu bermakna majikan kini perlu membayar kos tersebut bagi membolehkan pembantu rumah asing Indonesia datang ke Singapura tanpa sebarang hutang. 



Daripada 250,000 pembantu rumah asing di Singapura (sehingga Jun tahun ini), 127,000 adalah warga Indonesia.



Pendapatan minimum pembantu Indonesia ialah $550 sebulan, manakala pendapatan minimum pembantu Filipina ialah $570. Pembantu Myanmar pula meraih pendapatan minimum $450. - THE NEW PAPER



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >