MENTERI Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berkata tekanan kos kehidupan boleh berlaku disebabkan jurang antara aspirasi individu dengan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan itu.
Lantas, beliau berkata tidak ada satu langkah tunggal yang dapat memenuhi semua tekanan kos kehidupan rakyat Singapura memandangkan setiap mereka mempunyai keprihatinan berbeza.