Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos sara hidup: AP gesa pemerintah terus ringankan beban rakyat

Nov 07, 2023 | 09:34 PM



Agensi kewangan Singapura memainkan peranan besar dalam melindungi rakyat negara ini daripada kesan ekonomi yang boleh menaikkan harga barangan, kata Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).

“Pemerintah telah melancarkan satu set dasar untuk mengurangkan kos harian, seperti keperluan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk semua kedai kopi yang disewa daripada HDB untuk menawarkan pilihan hidangan bajet kepada pengunjung menjelang 2026,” ujar beliau.

Encik Saktiandi berkata demikian semasa perbahasan usul mengenai kos sara hidup di Parlimen pada Selasa.

Dalam ucapannya, Encik Saktiandi juga berkata isu kos sara hidup menjadi teras perbincangan di Parlimen tahun ini, dan ia terbukti dalam penggubalan dasar pemerintah dengan pengumuman Pakej Sokongan Kos Sara Hidup bernilai $1.1 bilion pada Oktober.

Ia merupakan sokongan tambahan selain Pakej Jaminan dan langkah lain yang diumumkan pada Belanjawan 2023.

Antara langkah lain ialah pengeluaran baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan Program Bantuan Kos Sara Hidup (Clap) Toa Payoh East yang melibatkan kerjasama tiga pihak – pekedai, penduduk dan Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Toa Payoh East.

Di samping itu, Encik Saktiandi berkongsi bahawa pemerintah juga melaksana dasar ekonomi jangka panjang dan langkah fiskal seperti kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang dan mengurangkan masa depan yang membebankan generasi masa depan Singapura.

“Ini adalah perlu untuk mencapai objektif dasar lain yang sama pentingnya, seperti mengawal tekanan inflasi dalam kehidupan seharian rakyat Singapura.

“Adalah penting Singapura terus menangani cabaran jangka sederhana hingga panjang kita secara berterusan walaupun kita menghadapi cabaran inflasi sekarang.

“Dasar-dasar ini selalunya akan membawa kepada kenaikan harga tetapi untuk memastikan kemampanan fiskal dan kelestarian alam sekitar, langkah-langkah ini diperlukan sekarang,” ujar Encik Saktiandi.

Selaras dengan pandangan Encik Saktiandi, Cik Tin Pei Ling (MacPherson) berkata pemerintah telah memberikan sokongan kepada rakyat Singapura dan keluarga untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup, dan secara aktif bertindak balas terhadap persekitaran yang berkembang melalui dasar dan program yang disasarkan.

“Keupayaan pemerintah untuk membiayai perbelanjaan sosial yang semakin meningkat adalah bukti dasar fiskal yang kukuh, tadbir urus yang berdisiplin dan rizab yang teguh.

“Walaupun terdapat cabaran yang jelas yang masih kita hadapi, kita telah mendapat manfaat daripada dasar pemerintah dalam pelbagai cara.

“Oleh itu, kita tidak boleh meremehkan tekanan dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Singapura pada setiap hari, dan justeru, pemerintah harus terus melaksana dasar yang akan mengurangkan tekanan kos hidup ke atas rakyat Singapura dan keluarga,” ujar Cik Tin.

Sebagai contoh, beliau menonjolkan kenaikan harga makanan, sambil berkata pemerintah boleh membantu perniagaan mikro seperti penjaja menguruskan kos dengan lebih baik tanpa dipaksa untuk menaikkan harga makanan untuk pelanggan.

Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata sedang Singapura merasai kesan pada peringkat global, ia juga harus melihat inisiatif yang boleh memberi kesan pada peringkat masyarakat.

“Peniaga, perniagaan kecil, pertubuhan keagamaan, kumpulan sukarelawan dan badan amal telah mencipta jaringan keselamatan yang mampan untuk penduduk kami,” ujarnya.

Beliau memberi contoh pelbagai usaha yang dilakukan pertubuhan masyarakat ini, termasuk pengagihan makanan, tuisyen percuma dan hidangan bajet, yang membantu meringankan beban penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >