Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos sewa tinggi antara cabaran tapi peniaga bazar Raya kekal optimis

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



KOS sewa yang tinggi, kekangan tenaga kerja dan kos pengangkutan dan juga bahan mentah merupakan antara cabaran yang bakal dihadapi peniaga Bazar Raya Geylang Serai tahun ini.



Namun selepas dibelenggu Covid-19 selama hampir tiga tahun dan dengan pembukaan sempadan, para peniaga melahirkan rasa optimis, acara berskala besar itu dapat menarik lebih ramai pengunjung.



Semasa dihubungi, beberapa peniaga yang telah mengesahkan penyertaan mereka bagi bazar kali ini melahirkan harapan tinggi bagi kedatangan pengunjung tempatan mahupun asing.



Encik Syed Muhammad Hadi Aljunied, pemilik Helwa's Gourmet, berkata beliau jangkakan orang ramai akan turut sama meraikan bazar setelah sekian lama menantikan kemunculannya.



Muka baru pada edisi kali ini, beliau berkata:



"Ada baiknya sekatan Covid-19 dilonggarkan kerana orang ramai boleh sama-sama meriahkan (bazar)."



Namun begitu, beliau juga menjelaskan cabaran yang bakal dihadapi peniaga kali ini, selain daripada kos sewa yang tinggi.



Kos sewa, tawaran produk antara cabaran peniaga bazar Geylang



Antaranya adalah mengetengahkan perbezaan terhadap pilihan yang ditawarkan agar ia berbaloi bagi pengunjung, memandangkan terdapat pelbagai pilihan yang disajikan kepada pengunjung kelak oleh peniaga yang berbeza.



"Cara untuk membezakan perniagaan kami dengan yang lain adalah antara salah satu cabaran utama," tambah beliau.



Pandangan sedemikian turut dikongsi pemilik Kream.SG yang menjual beraneka roti 'hotdog' kendalian pasangan Cik Ikah Jamil dan Encik Aliff Zainal.



Pasangan tersebut berkata perbezaan ketara perlu agar produk atau pilihan yang ditawarkan menepati pilihan pengunjung yang berubah, memandangkan pengunjung mempunyai cita rasa berbeza.



Tambah Cik Ikah Jamil, beliau juga jangkakan jumlah pengunjung yang lebih ramai tetapi kini berdepan dengan "lebih banyak persaingan daripada peniaga berbeza".



"Ini adalah kali kedua kami sertai bazar dan kami dapati ada peningkatan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu (dari segi kos sewa).



"Lebih dari itu, apa yang ketara adalah persaingan yang lebih sengit dari jumlah peniaga yang dijangka lebih banyak," ujarnya.



Dalam pada itu, peniaga-peniaga yang ditemu bual juga akur terhadap pilihan lebih murah yang ada di seberang tambak bagi pengunjung.



Ini di sebalik ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi, di samping kenaikan harga bagi kebanyakan barangan.



Encik Aliff berkata:



"Pengunjung pada tahun ini dijangka lebih berhemah apabila berbelanja dan mengambil pendekatan berpada-pada, jadi kuasa berbelanja mungkin akan merudum sedikit."



Perkara sedemikian turut dikongsi masyarakat umum yang ditinjau Berita Harian.



Cik Siti Nurhaqima, yang seringkali menantikan bazar tahunan, menjelaskan oleh kerana sebahagian besar harga barangan semakin meningkat, terutama tahun ini dengan kenaikan GST, beliau mengambil pendekatan untuk "tidak berbelanja sewenang-wenangnya" jika tidak perlu.



Justeru, beliau mengalu-alukan pendekatan oleh pihak penganjur, di mana setiap gerai F&B harus menyediakan satu pilihan snek cemilan yang dimampui dengan harga serendah $4.



Cik Siti berkata, "Saya alu-alukan inisiatif (untuk penyedia makanan) menyediakan pilihan makanan yang dimampui."



Dalam pada itu, mereka yang ditinjau juga menjelaskan rasa ghairah dan tidak sabar untuk bazar kali ini.



Antaranya ialah jurubina penyelesaian Encik Rahmat Abdull Latif, yang "selalu mengunjungi bazar bersama keluarga".



"Oleh kerana keluarga saya berpindah ke Indonesia hujung tahun lalu, kami rasa teruja untuk pulang bagi meraikan musim perayaan dan luangkan masa bersama keluarga," tambah beliau.



Lantaran itu, Encik Syed Muhammad dan Encik Aliff menaruh harapan tinggi pada bazar kali ini kerana penantian untuk memeriahkan lagi musim perayaan dapat dipraktikkan semula dengan kelonggaran sekatan dan sempadan yang dibuka semula.



Bazar Raya Geylang Serai akan berlangsung selama 36 hari tahun ini, iaitu tempoh paling lama acara utama sempena Ramadan itu pernah dianjurkan.



Ia bakal diadakan mulai 17 Mac sempena pelancaran lampu di Geylang Serai, sehingga 21 April.



Biasanya, bazar itu diadakan selama 33 hingga 34 hari.



Para pelawat boleh mengunjungi sehingga 700 gerai runcit serta makanan dan minuman di acara anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu.



Sebuah konsortium terdiri daripada syarikat S-Lite Event Support Pte Ltd bersama Enniche Global Trading dan TLK Trade Fairs & Events Pte Ltd telah memenangi tender untuk menguruskan dua tapak Bazar Raya Geylang Serai, pada tahun ini.



Dua konsep berbeza telah diperkenalkan bagi kedua-dua bahagian penganjuran bazar tersebut.



Tapak dan bahagian pertama yang dianggar terdiri daripada 500 gerai terletak dalam kawasan WGS, sementara baki 200 gerai di tapak serta bahagian kedua terletak di sepanjang Geylang Road bermula dari Pasar Geylang Serai sehingga ke kawasan bersebelahan Tanjong Katong Complex.




"Ini adalah kali kedua kami menyertai bazar dan kami dapati ada peningkatan sekitar 10% berbanding tahun lalu (dari segi kos sewa). Lebih dari itu, apa yang ketara adalah persaingan yang lebih sengit dari jumlah peniaga yang dijangka lebih banyak."
- Cik Ikah Jamil, pemilik Kream.SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >