Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos SHN, uji Covid-19 amah pindah majikan harus dikongsi: MOM

Agensi pembantu rumah harus bantu majikan baru, lama capai persetujuan perkongsian kos
Sep 09, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN menggajikan pembantu rumah migran yang berpindah majikan harus berkongsi kos Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan ujian Covid-19 yang dijalaninya semasa tiba di Singapura, ujar Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Jika perubahan majikan itu berlaku dalam tempoh 12 bulan, MOM menyarankan majikan baru berkongsi kos SHN dan ujian Covid-19 berkaitan yang ditanggung majikan lama bagi kemasukan pekerja itu ke sini.



MOM berkata dalam satu kenyataan semalam majikan lama harus menanggung kos itu sejajar dengan tempoh perkhidmatan pembantu rumah tersebut dalam tempoh 12 bulan itu.



Contohnya, jika perubahan majikan berlaku selepas enam bulan, kos itu harus dibahagi sama rata antara majikan baru dan lama.



Agensi pembantu rumah harus membantu majikan lama dan baru mencapai persetujuan dalam berkongsi kos.



Ia menyenaraikan tiga kriteria bagi perkongsian kos itu. Pertama, pembantu rumah itu perlu berpindah daripada satu majikan ke majikan baru dalam tempoh 12 bulan selepas menyelesaikan SHN.



Kedua, majikan sedia ada tidak boleh meminta lebih daripada apa yang telah dibelanjakannya bagi Kos SHN dan ujian Covid-19 berkaitan.



Ketiga, kededua majikan, baru dan sedia ada, perlu menandatangani persetujuan berkongsi kos.



Sekarang, majikan menggajikan pembantu rumah dari luar negara perlu membayar kos penuh. Namun, jika terdapat kes kontrak pekerjaan dibatalkan sebelum masanya, majikan akan menanggung kos berkaitan SHN, kata MOM.



Mendapatkan pembantu rumah semakin rumit sejak penularan Covid-19 hingga menjejas agensi pembantu rumah.



Sebelum ini, bagi mengekang penularan Covid-19, MOM mengumumkan semua kelulusan kemasukan baru pemegang pas kerja dari negara mempunyai risiko Covid-19 lebih tinggi akan dihentikan.



Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Singapura (AEAS), Cik K. Jayaprema, berkata kira-kira 10 peratus daripada 300 anggotanya terpaksa gulung tikar akibat dilanda kemelut sepanjang satu tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >