Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos ternak, ringgit lemah jejas bekalan ayam di M'sia, kata pakar

May 31, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Meskipun Malaysia berupaya mengeluarkan ayam dan telur pada paras yang mencukupi untuk rakyat sendiri, negara itu masih menghadapi kekurangan bekalan ayam yang ketara, terutama kerana ia bergantung kepada import makanan bagi ayam yang mana harganya telah naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.



Disebabkan kenaikan kos dan faktor lain, beberapa penternak ayam di Malaysia telah menghentikan pengeluaran manakala yang lain telah menaikkan harga meskipun kerajaan Malaysia telah menetapkan had siling harga ayam.



"Kenaikan harga produk ayam adalah disebabkan peningkatan harga sedunia terhadap bahan utama makanan ayam - yang secara dasarnya adalah bijirin, terutamanya jagung, kacang soya dan gandum - kerana dua daripada negara terbesar yang mengeluarkan bijirin itu (Ukraine dan Russia) sedang berperang antara satu sama lain," kata pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi kepada akhbar The Straits Times baru-baru ini.



Kos operasi bagi penternakan ayam telah naik 70 peratus sejak peperangan bermula.



Keadaan menjadi lebih teruk memandangkan nilai ringgit semakin lemah.



Harga runcit ayam di Malaysia kini ditetapkan pada harga RM8.90 ($2.80) setiap kilo dan kerajaan Malaysia sedang menawarkan subsidi 60 sen bagi setiap kilo.



Namun pedagang telah menaikkan harga mereka baru-baru ini meskipun menghadapi saman, dengan harga di Klang Valley dilaporkan melonjak kepada setinggi RM13 setiap kilo.



Dr Nungsari, mantan pengerusi Institut Kajian Khazanah, berkata larangan eksport ayam tidak akan membawa kesan ketara untuk menangani isu kenaikan harga dan kerajaan Malaysia perlu menawarkan subsidi kepada pengeluar sekiranya ada had siling harga.



"Penetapan harga siling di bawah kos memerlukan subsidi untuk menanggung bakinya supaya dapat mengekalkan bekalan pada kapsiti, bagi penternak ayam meneruskan operasi mereka," katanya.



"Ia adalah sebuah industri yang tidak pernah menerima subsidi (sehingga baru-baru ini), jadi apabila kerajaan menetapkan harga siling di bawah harga sebenar, secara semula jadi anda akan mengalami bekalan yang berkurangan sebab firma menghentikan pengeluaran mereka."



"Kerajaan perlu menanggung supaya bekalan protein termurah bagi Malaysia mencukupi," katanya lagi.



"Sebenarnya, kami tidak mengeksport banyak pun, dan ia bukan satu sebab di balik kekurangan itu."



Malaysia pada 23 Mei lalu mengumumkan larangan eksport ayam dari 1 Jun hingga bekalan kembali stabil.



Antara lain, beberapa penternak telah mewujudkan keprihatinan masalah seperti anak ayam membesar dengan lebih lambat akibat cuaca panas dan penyakit, serta adanya kartel ayam yang bersepakat menaikkan harga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >