Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos tinggi halang kedai kopi izin 5 pelanggan duduk bersama

Jan 14, 2022 | 06:14 PM



KOS tinggi untuk melaksanakan pemeriksaan vaksinasi Covid-19 telah menghalang banyak pengendali kedai kopi daripada membenarkan kumpulan hingga lima orang menjamu selera di premis mereka.


Daripada 2,200 kedai kopi dan kantin di Singapura, hanya 112 membenarkan hingga lima pelanggan yang divaksin sepenuhnya untuk menjamu selera, menurut Agensi Makanan Singapura dalam laporan The Straits Times.


Sebaliknya, hampir kesemua 110 pusat penjaja yang diuruskan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik NEA membenarkan kumpulan lima orang makan bersama.


Persatuan kedai kopi dan pegerai berkata ia boleh menelan belanja sekurang-kurangnya beberapa ribu dolar sebulan untuk mengambil kakitangan untuk melaksanakan pemeriksaan sedemikian.

Cabaran logistik, seperti perlu mempertimbangkan susun atur kedai kopi apabila mengepung kawasan tertentu, merupakan satu lagi halangan.


Sejak 23 November lalu, kedai kopi dengan langkah kawalan yang diperlukan boleh membenarkan kumpulan hingga lima orang yang telah divaksin sepenuhnya untuk menjamu selera.


Untuk berbuat demikian, mereka mesti mengawal akses dengan mengepung kawasan dan mempunyai pintu masuk khusus. Di pintu masuk ini, mereka juga mesti memeriksa status vaksinasi semua pelanggan, dan membezakan mereka yang telah divaksin sepenuhnya dan menjamu selera.


Naib pengerusi Persatuan Peniaga Restoran dan Bar Kopi Foochow, berkata kebanyakan kedai kopi yang lebih besar mempunyai ruang tempat duduk dalam dan luar yang biasanya dipisahkan oleh koridor atau laluan pejalan kaki, yang juga digunakan oleh penduduk di kawasan kejiranan.


Memandangkan kedai kopi tidak dibenarkan menutup kawasan umum ini, mereka mesti mengepung kawasan dalam dan luar mereka secara berasingan, dan menempatkan seseorang di setiap pintu masuk ini. Mengupah seorang akan menelan belanja sekitar $2,000 sebulan.


Beliau berkata: "Sesetengah pengendali kedai kopi mahu menolak sebahagian daripada kos ini kepada pegerai mereka. Tetapi tidak semua pegerai akan bersetuju kerana gerai zi char akan mendapat manfaat paling banyak daripada kumpulan yang lebih besar."


Tetapi kumpulan yang lebih besar ini, seperti keluarga, lebih sering mengunjungi kedai kopi pada hujung minggu. Ramai pengendali merasakan bahawa peningkatan dalam perniagaan tidak mewajarkan kos tambahan, kata Encik Hong.


Persatuannya mewakili sekitar 400 kedai kopi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >