Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koswe, Tuas sesak berterusan lebih 24 jam sempena cuti umum

Mar 31, 2018 | 05:30 AM



ALIRAN lalu lintas di Koswe dan Tuas mengalami kesesakan teruk sehinga lebih 24 jam sempena musim cuti Good Friday semalam.



Kesesakan itu mula dilaporkan sesak oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam laman Facebooknya mulai jam 6.35 petang kelmarin.



"Kelewatan dijangka. Pengunjung dinasihatkan untuk memeriksa laman web One Motoring sebelum memulakan perjalanan mereka," ujar ICA di laman Facebooknya.



Pergerakan kenderaan dari Singapura ke Malaysia mula meningkat dan dilaporkan tidak susut seperti yang dicatatkan ICA pada 9.15 malam kelmarin.



Seorang pembaca Berita Harian (BH), Encik Salman Harun, memberitahu akhbar ini bahawa beliau keluar rumah di Woodland sekitar 2 pagi semalam dan mendapati kesesakan masih belum reda.



Beliau menyatakan terperangkap dalam kesesakan selama lebih tiga jam. Encik Salman menganggap keadaan sesak itu sebagai luar biasa.



Seorang lagi pengguna Koswe, Cik Fatimah Syukur, berkata beliau terpaksa berpatah balik sekitar 5 pagi ke Singapura setelah terperangkap selama sejam di Woodlands.



"Saya ingatkan keluar rumah 3.30 pagi Koswe tak sesak. Saya dan keluarga ambil keputusan berpatah balik setelah lebih sejam terperangkap.



"Saya hubungi rakan di Kuala Lumpur, kami terpaksa batalkan rancangan mengunjungi mereka,'' ujar Cik Fatimah.



ICA sekali lagi mengemas kini laman Facebooknya pada 7.20 pagi semalam dengan melaporkan keadaan trafik sangat sesak.



ICA turut menasihati pengguna agar memantau secara dalam talian di www.onemotoring.com sebelum meneruskan perjalanan.



Kemaskini ICA pada 9.40 pagi hingga 7.20 malam semalam mendapati kesesakan masih berterusan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.



Di media sosial, sesetengah pengguna melaporkan terjebak selama dua hingga empat jam.



Beberapa gambar yang dipaparkan di Facebook menunjukkan satu barisan panjang kenderaan yang menghala ke arah pemeriksaan Woodlands.



Keadaan lalulintas di Koswe dan Tuas hanya sesak pada arah Singapura ke Johor Bahru, sebaliknya lancar dari arah Johor Bahru ke Singapura.



Sehingga malam tadi, kesesakan masih berterusan di kedua-dua pusat pemeriksaan berdasarkan pemantauan di www.onemotoring.com.



Awal dari ini, ICA telah memaklumkan kepada pengunjung yang merancang menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands atau Tuas masuk ke Malaysia boleh menjangka kelengahan sempena cuti umum semalam.



ICA menasihatkan pemandu supaya memantau keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.



Mereka boleh menghubungi hotline maklumat lalu lintas di 6863-0117, melalui radio atau secara dalam talian di www.onemotoring.com ataupun www.mytransport.sg, menurut ICA lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >