Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koswe, Tuas sesak jelang hujung minggu Krismas

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



KEADAAN lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan dan imigresen Tuas dan Woodlands sudah mula menjadi sibuk sejak seawal 5 pagi semalam sedang ramai warga Singapura memulakan perjalanan awal rentas negara sempena cuti panjang hujung minggu perayaan Krismas ini.



Tinjauan Berita Harian (BH) menerusi laman One Motoring kendalian Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendapati keadaan lalu lintas sudah mula sesak sekitar 11 pagi semalam di Woodlands di kedua-dua hala ke Singapura-Johor manakala keadaan masih agak lengang pada waktu itu di Tuas.



Dalam kenyataannya sebelum ini, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata keadaan lalu lintas sesak dijangka berterusan di kedua-dua sempadan darat Singapura-Malaysia itu sepanjang cuti Krismas dan Tahun Baru.



Keadaan sesak itu dijangka tempias ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).



"Mereka yang ingin keluar negara menerusi pusat pemeriksaan darat dengan kereta atau bas pada musim cuti ini dinasihatkan untuk menimbangkan waktu tambahan bagi melepasi imigresen kerana keadaan lalu lintas agak sesak serta waktu menunggu yang lama dijangka," kata ICA sambil menambah keadaan trafik hujung minggu lalu di Woodlands dan Tuas telah kembali mencapai sekitar 84 peratus paras prapandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >