SATU suara lantang - senada dan serentak bak dengupan jantung insan pelbagai bangsa tetapi bersatu padu - bergema di Marina Bay apabila warga dan penduduk Singapura menyambut Hari Kebangsaan ke-49 watan tercinta ini semalam.
Mengetepikan segala perbezaan, sekitar 27,000 penonton, warga Singapura mahupun yang bukan, daripada pelbagai latar belakang, menyambut hari lahir negara ini dengan penuh meriah dan semangat terserlah di Pentas Terapung Marina Bay.