Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Kotak permudah hitung peluru antara ciptaan yang diiktiraf Mindef

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kotak permudah hitung peluru antara ciptaan yang diiktiraf Mindef

Jul 28, 2022 | 05:30 AM

PAKAR Tentera 2 (ME2) Joyce Yip pernah secara manual menghitung peluru kosong yang digunakan semasa Tembak Hormat di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) - satu proses yang menjenuhkan yang boleh melibatkan 10 orang sekurang-kurangnya setengah jam.

Beliau mula berbincang dengan pasukan yang dipimpinnya untuk tugas NDP tentang cara memudahkan kerja mereka.

Selepas menolak huraian komersial sedia ada ekoran kos, beliau memutuskan mengusahakan huraian sendiri dari peringkat awal.

Hasilnya ialah kotak prototaip yang boleh secara automatik menghitung peluru kosong yang dikumpul selepas Tembak Hormat dan boleh memuatkan lebih 2,000 peluru.

Dikendalikan hanya satu orang, ia telah diuji tahun lalu dan digunakan dalam raptai dan perbarisan tahun ini.

Tembak Hormat melibatkan askar menembak senapang mereka ke udara secara berturut-turut, biasanya semasa segmen perarakan NDP.

ME2 Yip, 37 tahun, adalah antara 11 penerima Anugerah Dare To Do (Berani Buat) Kementerian Pertahanan (Mindef) kelmarin.

Anugerah ini mengiktiraf individu dan pasukan yang menunjukkan daya usaha dalam membantu meningkatkan proses kerja.

Sejumlah 88 anugerah telah disampaikan kepada individu, pasukan dan unit dari seluruh Mindef dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Simposium Ignite Innovation (Nyalakan Inovasi) di ibu pejabat Mindef.

Anugerah itu diberikan sebagai mengiktiraf semangat inovatif penerima dan usaha penambahbaikan kerja, yang membawa kepada penjimatan lebih $159 juta dalam tahun kewangan lalu.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, yang menyampaikan anugerah itu, bercakap mengenai pentingnya inovasi dalam Mindef, terutama semasa situasi yang belum pernah berlaku seperti pandemik Covid-19.

Tidak ada manual yang boleh dirujuk bagi tindak balas terhadap pandemik, katanya.

"Semua kakitangan kita perlu menilai situasi yang berkembang pesat, memenuhi hasil dan tarikh akhir yang kritikal masa, mengembangkan huraian baru termasuk perkakasan dan perisian tersuai yang tidak wujud untuk menghadapi cabaran itu."

Kumpulan Petugas Pemulihan di Rumah SAF adalah antara 13 individu dan pasukan yang menerima Anugerah Inovasi Teladan.

Kumpulan itu mencipta sistem berpusat yang boleh menyimpan sejarah terperinci interaksi pesakit Covid-19 dengan rakan Program Pemulihan di Rumah (HRP) mereka, dan memantau hingga 3,500 pesakit setiap hari daripada fasa pengesanan ke akhir pemulihan.

Ia diberi tugas untuk berbuat demikian pada Oktober lalu, ketika bilangan kes berada pada tahap tinggi dan HRP menjadi aturan lazim bagi kebanyakan kes Covid-19.

Salah seorang anggota kumpulan petugas, Pakar Tentera 6 (ME6) Lawrence Tan, 39 tahun, berkata:

"Kami sangat jelas bahawa kami perlu memberi semua maklumat yang diperlukan kepada rakan HRP khusus bagi pesakit apabila mereka membuat panggilan.

"Rakan yang mengangkat telefon juga perlu tahu sama ada pesakit telah menghubungi sebelum itu, butiran pertanyaan terdahulu, atau jika mereka memerlukan sebarang tindakan susulan."

Usaha itu membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk membawa pesakit ke HRP dari tiga hari kepada 24 jam, kata Dr Ng dalam ucapannya.

Inovasi lain yang diiktiraf termasuk teknologi yang mengalihkan pertuturan ke teks dan meningkatkan ketepatan transkripsi bagi kapal tentera laut sebanyak 10 peratus berbanding secara manual.

Terdapat juga wadah simulasi yang mendidik pelatih perubatan tentang prosedur triaj dalam persekitaran berpandu.

Triaj merujuk kepada proses saringan dan klasifikasi kes semasa kecemasan atau bencana untuk menentukan keutamaan rawatan dan menyelamatkan nyawa dengan segera.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3