Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kredit digital $100, keahlian Safra atau HomeTeam percuma rai 55 tahun NS

Zaqy: Sebahagian Pakej Pengiktirafan NS55 bagi hargai NSmen berperanan pertahan SG, membela rakyat
NS
Mar 27, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team bakal mendapat kredit digital bernilai $100 dan keahlian Safra atau HomeTeamNS percuma selama setahun bagi menyambut ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS) tahun ini.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata ia akan menjadi sebahagian Pakej Pengiktirafan NS55 bagi menghargai NSmen yang berperanan mempertahan Singapura dan memastikan rakyat negara ini dapat meneruskan cara hidup mereka.



Hampir sejuta NSmen layak akan menerima surat pemberitahuan mulai pertengahan Jun, dengan butiran tentang cara mendapatkan pakej tersebut.



Encik Zaqy membuat pengumuman itu semasa melawat satu latihan kerahan SAF di Kem Maju semalam.



Menekankan betapa penting NS bagi Singapura, beliau berkata: "Agak jelas kepada kita bahawa sebagai sebuah negara, tanggungjawab pertahanan dan memastikan perlindungan kedaulatan kita - ia milik kita sendiri.



"Melihat orang Ukraine dan tentangan yang mereka lakukan, itu adalah pengajaran bagi rakyat Singapura juga."



Beliau, yang turut mengumumkan permulaan kempen NS55: Keteguhan Rentas Generasi selama setahun, juga berkata pemikiran mempertahankan negara tidak dicapai dalam sekelip mata.



"Kita telah menghabiskan 55 tahun dalam membangunkan (NS) dan saya berharap apabila tiba masanya, jika diperlukan, rakyat Singapura bersedia mempertahankan negara ini," ujar beliau.



Encik Zaqy turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan majikan yang banyak "memberi sokongan penting" kepada NSmen.



Pengerusi bersama jawatankuasa eksekutif NS55, Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Pertahanan, Encik Ho Chin Ning, berkata pakej pengiktirafan itu tanda penghargaan kecil dan tiada jumlah dapat "menggantikan sumbangan dan pengorbanan anggota Perkhidmatan Negara kita".



Kelayakan bagi pakej itu ialah berdasarkan status NS seseorang pada Mei ini. Anggota NS sepenuh masa (NSF) yang mendaftar sebelum 31 Disember ini juga layak.



Kredit $100 akan diagih Julai ini melalui aplikasi mudah alih LifeSG, yang memberi pengguna akses ke perkhidmatan pemerintah. Kredit itu sah digunakan selama setahun selepas ia dikeluarkan.



Ia boleh dibelanjakan di perniagaan fizikal dan dalam talian yang menerima pembayaran digital melalui format PayNow atau NETS QR.



Ini terdiri daripada gerai penjaja dan platform e-dagang serta pembayaran kepada agensi pemerintah dan institusi pendidikan.



NSmen yang telah berkhidmat atau sedang berkhidmat juga akan menerima keahlian utama Safra dan Home Team selama setahun secara percuma, dengan mereka perlu mendaftarnya sebelum 31 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >