Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kren tumbang di Tuas: Operasi cari pekerja terjatuh di laut dijalankan

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



OPERASI mencari sedang dijalankan untuk mengesan seorang pekerja yang terjatuh ke dalam laut pada pagi kelmarin, selepas kren pantai tumbang di limbungan kapal di Tuas dan mencederakan empat pekerja lain.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata seorang pekerja Bangladesh berusia 38 tahun berada di jeti Limbungan Keppel di mana kren itu tumbang.



Kemalangan berlaku sekitar 10.40 pagi.



Sehingga 3.15 petang semalam, pekerja yang diambil bekerja oleh Kumarann Marine masih hilang.



Empat pekerja lain - dua warga Bangladesh, seorang warga China dan seorang warga tempatan - mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan di 51 Pioneer Sektor 1 itu. Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil, tambah MOM.



Keppel Shipyard berkata bahagian tepi dermaga telah memberi laluan, menyebabkan dua pekerja terjatuh ke dalam laut dan sebuah kren condong ke tepi.



"Kami telah menyelamatkan seorang daripada pekerja yang berada dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi pekerja kini hilang. Kami sedang bekerjasama dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Polis Pengawal Pantai dalam operasi mencari," kata seorang jurucakap.



MOM berkata sebahagian daripada jeti konkrit tempat kren itu berdiri telah runtuh, menyebabkan kren itu tumbang dan sebahagiannya tenggelam di bawah air.



Gambar insiden yang tular di media sosial menunjukkan kren itu digunakan bersebelahan dengan sebuah kapal besar yang berlabuh di limbungan kapal.



Dalam gambar itu, bahagian bawah kren itu kelihatan bengkok, menyebabkan bahagian lain kren itu terjatuh ke arah kapal yang berlabuh.



SCDF berkata ia telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada tengah hari. Seorang warga Singapura berusia 40 tahun dan warga Bangladesh berusia 31 tahun telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional.



Dua lagi pekerja yang mengalami kecederaan ringan ialah warga Bangladesh berusia 29 tahun dan warga China berusia 48 tahun.



MOM berkata ia sedang menyiasat punca kemalangan dan telah menghentikan semua kerja di jeti.



Keppel Shipyard berkata ia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.



"Keppel Shipyard menghargai nyawa dan keselamatan setiap pekerja. Memandangkan siasatan sedang dijalankan, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini," tambahnya.



Ini kemalangan tempat kerja kedua yang berlaku di limbungan Keppel di Tuas tahun ini dan yang kedua melibatkan keruntuhan struktur besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >