Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Krisis kesihatan mental bertambah di tengah sekatan kewaspadaan dipertingkat

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



PANGGILAN ke talian bantuan kesihatan mental Samaritans of Singapore (SOS) meningkat 40 peratus pada 16 Mei, hari Singapura memulakan sekatan kewaspadaan dipertingkat Covid-19.



Menyusuli pengumuman sekatan itu pada 4 Mei, SOS mengalami peningkatan panggilan sebanyak 12 peratus berbanding minggu sebelumnya, menurut ketua eksekutif SOS Gasper Tan.



Sebanyak tujuh daripada 10 pertubuhan dan karyawan kesihatan mental yang dihubungi akhbar The Straits Times berkata mereka melihat kenaikan 20 peratus hingga 60 peratus pertanyaan mengenai krisis kesihatan mental disebabkan pandemik Covid-19 dan sekatan sosial yang digunakan bagi menyekat penyebaran virus itu.



Sekatan dipertingkat itu dan kehilangan sokongan dari luar yang diakibatkannya meningkatkan faktor tekanan seperti kebimbangan mengenai virus itu, keadaan hidup sukar, dan kebimbangan mengenai kehilangan pekerjaan dan masa depan, kata pekerja sosial.



Caregivers Alliance Limited (CAL), sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang membantu penjaga orang yang mempunyai isu kesihatan mental, berkata ia melihat peningkatan membimbangkan dalam percubaan dan perbuatan bunuh diri antara Mei tahun lalu dan April tahun ini dalam kalangan orang yang dijaga.



Ketua Perhubungan CAL, Cik Tricia Lee, berkata: "Kami melihat kenaikan kes krisis kerana janji temu atau program penjagaan harian orang yang dijaga ditunda.



"Dalam beberapa kes, sekatan sosial itu menyebabkan ketegangan meningkat dalam keluarga, meningkatkan risiko bentan penyakit mental itu.''



Ramai pelajar juga mendapati pembelajaran dari rumah (HBL) memberi tekanan dan mereka merindui peluang berinteraksi di sekolah.



Cik Cho Ming Xiu, pengasas dan pengarah eksekutif Campus PSY, sebuah pertubuhan kesihatan mental bagi belia, berkata beliau melihat peningkatan 40 peratus orang muda yang meminta sokongan emosi melalui e-mel, dan 20 hingga 30 peratus peningkatan dalam wadah media sosial lain.



Walaupun Singapura melaksana pemutus rantaian jangkitan Covid-19 tahun lalu, rentak pelaksanaan langkah kewaspadaan dipertingkat menjejas ramai orang.



"Ramai terpaksa membatalkan rancangan dan kembali bekerja di rumah atau belajar di rumah. Ini menyebabkan mereka berasa seolah-olah kehilangan dan tidak mendapat bantuan,'' katanya.



CAL meningkatkan talian bantuannya daripada satu kepada enam sejak April tahun lalu, dan kekerapan program Caregivers-to-Caregivers (penjaga kepada penjaga), yang memberi sokongan dan latihan kepada penjaga orang yang mempunyai isu kesihatan mental seperti demensia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >