Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kriteria kelayakan Dana Penjagaan NTUC diperluas

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



PERMOHONAN bagi Dana Penjagaan NTUC (Covid-19) telah dibuka semula dengan kriteria kelayakan yang diperluas untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anggota kesatuan dalam masa sukar ini.



Mengumumkan demikian semalam dalam kenyataannya, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata sehingga $300 akan diberikan kepada anggota kesatuan sebagai "isyarat penjagaan dan sokongan berterusan untuk pekerja kami".



Sekitar 65,000 anggota kesatuan tersebut dijangka meraih manfaat daripada Dana Penjagaan NTUC (Covid-19) yang dipertingkat itu.



Ini termasuk pemohon baru yang memenuhi syarat kelayakan dipertingkat, serta pemohon yang berjaya daripada latihan sebelumnya yang berlangsung dari 25 Mac hingga 30 September 2020.



Dana dipertingkat itu boleh dimanfaatkan oleh anggota kesatuan tersebut yang pendapatan peribadi bulanan kasar terakhir mereka tidak melebihi $4,500 (bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang tinggal serumah di Singapura) atau $1,600 (bagi mereka tanpa tanggungan yang tinggal serumah di Singapura).



Mereka yang kehilangan pekerjaan akibat Covid-19, dipotong gaji sekurang-kurangnya 30 peratus akibat Covid-19 atau mereka yang bekerja sendiri tetapi pendapatan terjejas oleh pembatalan pekerjaan atau acara juga layak menerima bantuan dana dipertingkat itu.



Anggota kesatuan yang layak akan menerima wang tunai antara $50 hingga $300 sekali sahaja, kata NTUC.



Anggota kesatuan yang sebelum ini tidak memenuhi syarat untuk pusingan pertama Dana Penjagaan NTUC (Covid-19), tetapi yang memenuhi kriteria kelayakan baru boleh memohon bagi dana yang dipertingkat di www.ntuc.org.sg/carefundcovid dari 23 November 2020 hingga 28 Februari 2021.



Dana Penjagaan NTUC (Covid-19) sebelum ini telah menyokong sekitar 30,000 anggota kesatuan dengan bayaran keseluruhan hampir $8 juta.



Dengan syarat dipertingkat kini, NTUC berharap dapat menggunakan lagi $17 juta yang merangkumi baki anggaran $25 juta yang sebelumnya diperuntukkan untuk program ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >