Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kriteria TTFS dilonggar: Golongan pertengahan juga dapat manfaat

Mar 12, 2018 | 05:30 AM



KELONGGARAN kriteria bagi Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) memastikan sekitar dua pertiga keluarga Melayu, termasuk golongan pertengahan, terus layak memanfaatkan skim itu.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata dengan pendapatan yang meningkat, kriteria bagi skim itu, yang bertujuan membantu anak Melayu melanjutkan pelajaran mereka, harus terus disemak.



"Tahap yang ingin kita capai adalah dua pertiga keluarga mendapat pertolongan. Dengan perubahan baru ini, kita boleh menolong lebih ramai anak Melayu dan keluarga mereka untuk mengurangkan kos pendidikan mereka," ujar Dr Yaacob.



Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Forum Dasar Pascabelanjawan 2018 anjuran Yayasan Mendaki di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar semalam.



Dr Yaacob mengumumkan di Parlimen pada 8 Mac lalu bahawa kriteria tahap pendapatan bagi menerima TTFS dinaikkan agar lebih ramai pelajar layak menerima subsidi itu.



Bermula tahun akademik ini, pelajar daripada keluarga dengan gaji bulanan per kapita (PCI) $2,000 dan ke bawah akan layak menerima subsidi 50 peratus, 75 peratus atau 100 peratus mengikut tahap gaji.



Sebelum ini, tahap PCI yang layak adalah $1,500 dan ke bawah.



Dalam forum itu, seorang peserta, pakar media sosial Dr Elmie Nekmat, telah bertanya apakah yang dilakukan Mendaki untuk membantu golongan 'sandwic' atau pertengahan yang perlu mengimbangi keperluan pendidikan anak selain menjaga orang tua.



Menjawab soalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki Rahayu Buang, seorang anggota panel forum tersebut, menarik perhatian tentang kriteria baru TTFS.



"Ini bermaksud kalau ada keluarga seramai lima orang dan pendapatan mereka $10,000, mereka akan mendapat subsidi. Kita tahu ramai yang mahukan anak mereka menyertai pengajian lebih tinggi dan kos pengajian menjadi keprihatinan mereka," ujar Cik Rahayu.



Satu lagi isu yang ditimbulkan dalam forum itu adalah berkenaan kolej Islam Singapura.



Dr Yaacob berkata tujuannya bukanlah untuk membina satu lagi Universiti Al-Azhar, tetapi satu institusi yang bukan sahaja mendalam dari segi pengajaran Islam, bahkan memahami apa yang berlaku di Singapura dan Nusantara.



"Kalaulah kita berjaya, kita akan mewujudkan institusi yang unik, di mana kita boleh menggabungkan pengajaran Islam dan bukan Islam untuk mewujudkan asatizah yang bukan sahaja relevan dari segi keperluan masyarakat kita, bahkan di peringkat nasional," ujar Dr Yaacob.



Yang penting, lulusan kolej itu harus diterima dan dianggap relevan kepada masyarakat, katanya.



Forum yang dihadiri sekitar 50 orang itu turut mengupas kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna dan perniagaan, kesediaan masyarakat Melayu dalam perubahan digital, serta sokongan bagi pelajar madrasah.



Selain Dr Yaacob dan Cik Rahayu, panel forum itu turut dianggotai pakar ekonomi Dr Tan Kee Giap daripada Institut Daya Saing Asia; ketua syarikat teknologi logistik VersaFleet, Encik Shamir Rahim; dan Ustazah Farah Aljunied daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Melihat peluang di balik cabaran "Terdapat keprihatinan apakah kita bersedia sebagai sebuah masyarakat untuk menjalani perubahan digital, apakah kita bersedia menghadapi cabaran yang disebut Encik Heng Swee Keat dalam ucapannya seperti peralihan kepada Asia dan trend penduduk yang menua. Namun, terdapat juga rasa optimistik - tentang perlunya kita memupuk kesedaran tentang pelbagai program dan dasar, cara merebut peluangnya, dan memastikan tiada orang yang tertinggal di belakang."
- Dr Yaacob Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >