Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kru British Airways ditangkap dek kes cabul kehormatan di Singapura

Mar 24, 2018 | 01:15 PM



SYARIKAT penerbangan British Airways sedang bekerjasama dengan  siasatan polis Singapura berhubung satu   kes mencabul kehormatan   melibatkan kru    kabinnya.



Polis memberitahu akhbar The Straits Times pada Sabtu (24 Mac) bahawa mereka  dimaklumkan mengenai satu kes pencabulan kehormatan  di Cuscaden Road pada  8.31 malam   pada 18 Mac.



Seorang lelaki berusia 46 tahun ditangkap  berhubung kes itu dan siasatan polis sedang dijalankan.



Akhbar itu difahamkan   bahawa mangsa seorang wanita  berusia 29 tahun, dan kedua-dua mereka   pekerja Britain bersama syarikat penerbangan tersebut.

Laporan di Britain   mengatakan  seorang anggota kru dikatakan   merogol seorang pramugari  ketika satu  persinggahan di Singapura minggu ini. Kejadian itu dikatakan berlaku semasa satu “parti ketika  tidak bertugas”,  lapor Daily Mail.



Laporan itu berkata anggota kru tersebut  ditangkap di Singapura.



Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu The Straits Times pada  Jumaat (23 Mac) bahawa ia sedang membantu polis dalam siasatan.



“Kami bekerjasama dengan siasatan polis dan menawarkan sokongan penuh kepada kru  kabin kami,” kata jurucakap itu.



“Oleh kerana siasatan sedang dijalankan,    kami tidak akan mengulas lanjut.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >