Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kru kabin SIA dapat rawatan perubatan dek demam sebelum sah Covid-19: CAAS

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



KRU kabin Singapore Airlines (SIA) yang sebelum ini disahkan negatif Covid-19 telah mendapatkan bantuan perubatan kerana demam sebelum disahkan positif virus itu beberapa hari selepas itu, menurut kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam.



Wanita 29 tahun yang dijangkiti itu telah ke United Kingdom atas urusan kerja antara 12 dengan 13 Januari, menurut laporan Kementerian Kesihatan (MOH) Jumaat lalu.



Menurut CAAS, wanita tersebut tiba di Singapura dari London pada 14 Januari dan telah menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sejurus selepas ketibaannya dan disahkan negatif.



Pada 17 Januari, beliau demam lalu menemui doktor dan diberi cuti sakit selama lima hari.



"Beliau tidak dapat ke pusat ujian swab untuk menjalani ujian PCR Covid-19. Semasa di rumah, beliau tidak keluar dari biliknya," kata CAAS.



"Selepas mendapat tahu beliau tidak menghadiri ujiannya pada hari ketiga dan juga tentang keadaannya, kami memberitahu MOH dan beliau dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID)."



Sebelum ini MOH melaporkan wanita tersebut, seorang pemegang pas pekerja dari India, mengalami kehilangan deria baunya pada 20 Januari dan menjalani ujian Covid-19 sehari selepas itu.



Beliau disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari.



"Beliau tidak keluar rumah dari 14 Januari sehingga dihantar ke hospital pada 22 Januari," kata MOH.



Sejak 30 Disember, kakitangan kru kabin yang kembali ke Singapura dari negara yang berisiko tinggi perlu mengasingkan diri sehingga disahkan negatif melalui siri ujian PCR Covid-19.



Mereka perlu menjalani ujian PCR tiga kali - semasa tiba di Singapura dan pada hari ketiga dan ketujuh selepas kembali ke Singapura.



Menurut jurucakap SIA, wanita tersebut tidak dapat menjalani ujian swab Covid-19 pada hari ketiga dan ketujuh selepas beliau kembali kerana cuti sakit.



Beliau mengalami gejala lain pada 21 Januari dan ujian swab diaturkan serta-merta untuknya.



"Siasatan menunjukkan bahawa kru kabin itu mematuhi semua protokol untuk mengasingkan diri selepas kembali ke Singapura pada 14 Januari.



"Seperti garis panduan yang ditetapkan untuk mengasingkan diri, kru kabin tersebut mengelakkan interaksi dengan masyarakat dan hanya keluar rumah untuk keperluan atau bagi mendapatkan bantuan perubatan."



Menurut CAAS, kru kabin yang mengasingkan diri dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk jangka pendek bagi keperluan penting, namun perlu kurangkan masa yang diluangkan di tempat awam.



"Kita perlu tahu kru kabin yang terbang ke kawasan berisiko tinggi seperti United Kingdom, berkhidmat untuk Singapura.



"Ini kerana masih ada lagi warga Singapura yang ingin kembali, dan kru kami memastikan penerbangan penting antara Singapura dengan bandar utama serata dunia diteruskan.



"Syarikat penerbangan nasional Singapore Airlines, terus menjalankan tanggungjawab walaupun jumlah penumpang berkurangan," kata CAAS.




"Semasa di rumah, beliau tidak keluar dari biliknya... Selepas mendapat tahu beliau tidak menghadiri ujian (swab) nya pada hari ketiga dan juga tentang keadaannya, kami memberitahu MOH dan beliau dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID)."
- kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).




Covid-19: 48 kes baru, semua import, tertinggi sejak 23 Mac 



SEBANYAK 48 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah 59,308 kes di Singapura sejauh ini.



Kesemuanya adalah kes yang diimport yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kes baru itu termasuk empat penduduk tetap (PR) Singapura dan 10 pembantu rumah asing.



Tiada kes dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing dilaporkan.



Bilangan kes semalam adalah yang tertinggi bagi kes import dalam sehari sejak 23 Mac lalu, di mana sebanyak 48 kes yang diimport turut dilaporkan.



Kelmarin, kesemua 10 kes Covid-19 yang dilaporkan juga diimport, dan telah dikenakan SHN sebaik tiba di Singapura.



Kesemua mereka tidak menunjukkan gejala dan dikesan melalui pemantauan dan pemeriksaan proaktif, kata MOH.



Sementara itu, sebanyak 32 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang kelmarin, menjadikan jumlah 59,000 pesakit telah pulih sejauh ini.



Seramai 38 pesakit masih dirawat di hospital, dan lagi 178 sedang beransur pulih di kemudahan masyarakat.



Sejauh ini, Singapura melaporkan 29 kematian akibat komplikasi Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >