Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuantum naik gaji kakitangan awam lebihi inflasi

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



KUANTUM kenaikan keseluruhan gaji kebanyakan kakitangan awam "melebihi" kadar inflasi tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing di Parlimen semalam.



"Secara keseluruhannya, kenaikan gaji menyusuli semakan semula gaji yang dijalankan baru-baru ini dan kenaikan gaji tahunan, ditambah pula dengan bayaran komponen berubah-ubah (AVC) akan melebihi kadar inflasi sejak tahun ini bagi semua kakitangan awam yang memenuhi kriteria," tambah beliau.



Khamis lalu, Divisyen Perkhidmatan Awam mengumumkan bonus akhir tahun sebanyak 1.1 bulan bagi perkhidmatan awam Singapura dengan kakitangan muda menerima satu kali tambahan sebanyak $700.



Dalam satu soalan tambahan, Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong) bertanya sekiranya ini bermakna setiap kakitangan awam akan menerima sekurang-kurangnya kenaikan gaji sekurang-kurangnya 5.1 peratus, sebagai memetik kadar inflasi bagi bulan lalu.



Encik Chan menjawab bahawa kenaikan ini meliputi majoriti kakitangan awam yang telah memenuhi kriteria kelakonan mereka.



"Akan terdapat sebilangan amat kecil mereka yang tidak memenuhi kriteria kelakonan, dan mereka mungkin raih kurang daripada 5 peratus yang anda sebutkan," katanya sambil menambah bahawa pemerintah mempunyai pakej sokongan bagi semua isi rumah warga Singapura yang ia percaya mampu membantu mereka yang paling memerlukan.



Sementara itu, Encik Chan yang juga Menteri Pendidikan berkata bahawa Perkhidmatan Awam akan menyemak pendapatan secara berkala dan membuat penyesuaian gaji bila perlu agar sejajar dan tidak ketinggalan.



Menurutnya penyesuaian pendapatan yang dilakukan baru-baru ini bagi pelbagai kumpulan kakitangan awam ditentukan berdasar jurang gaji dengan kadar pasaran.



"Menjangkaui penyesuaian ini, para pegawai yang layak juga menerima komponen berubah-ubah tahunan atau bayaran dan kenaikan gaji tahunan yang mengambil kira kelakonan mereka, ekonomi masa kini dan keadaan pasaran buruh serta saranan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) ke atas pertubumbuhan progresif," katanya.



Menurut Encik Chan pemerintah telah melaksanakan beberapa siri langkah sokongan tahun ini seperti bayaran khas kos kehidupan dan baucar tambahan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).



"Langkah-langkah sokongan ini secara bersama akan dapat menyerap impak kadar inflasi dan menawarkan bantuan lanjutan bagi warga Singapura dengan lebih banyak sokongan bagi kumpulan berpendapatan gaji rendah hingga pertengahan," ujarnya.



Beliau juga menambah bahawa Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan NWC juga telah membentangkan saranannya sendiri tentang apa langkah tambahan yang boleh dilakukan, terutamanya bagi isi rumah dan individu yang memerlukan lebih banyak bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >