Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Kuarantin pendek, di rumah bagi orang tiba SG dari lebih banyak negara

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



PELAWAT dan penduduk Singapura yang pulang dari lebih banyak negara, termasuk Arab Saudi dan Poland, akan dapat memasuki Singapura dengan kurang sekatan, setelah negara-negara itu dianggap mempunyai risiko jangkitan Covid-19 lebih rendah.



Mereka masih perlu menjalani kuarantin apabila tiba di sini tetapi boleh menjalani kuarantin lebih pendek dan memilih menjalaninya di rumah.



Semakan peraturan bagi negara-negara itu adalah berdasarkan klasifikasi risiko negara Singapura, yang menyenaraikan negara di bawah empat kategori berbeza.



Negara yang dianggap mempunyai risiko jangkitan Covid-19 rendah dikumpulkan dalam Kategori I, manakala yang mempunyai risiko tinggi dalam Kategori IV.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata semalam bahawa Poland dan Arab Saudi akan ditambah kepada senarai Kategori II mulai 11.59 malam pada 22 September.



Negara lain dalam kategori ini termasuk Australia, Brunei, Canada, Jerman, New Zealand dan Korea Selatan.



Mereka yang tiba di Singapura setelah berlepas dari negara dalam Kategori II perlu mengambil ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dalam masa 48 jam sebelum penerbangan.



Mereka kemudian perlu mengambil ujian apabila tiba di sini.



Menyusuli itu, mereka perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari di tempat penginapan sebelum mengambil ujian swab Covid-19 akhir pada hari terakhir SHN.



Sementara itu, Bulgaria, Czech Republic, Perancis, Latvia, Portugal dan Sepanyol akan ditambah kepada senarai negara Kategori III.



MOH berkata mulai 11.59 malam pada 22 September, orang sudah divaksinasi sepenuhnya yang tiba dari negara-negara ini boleh memohon keluar dari kemudahan SHN khusus dan menjalani SHN selama 14 hari di rumah mereka atau tempat penginapan sesuai.



Ia menyatakan bahawa permohonan tidak menjalani notis itu di kemudahan SHN khusus akan dipertimbangkan jika orang yang telah divaksinasi sepenuhnya itu memenuhi kriteria seperti tinggal di negara yang telah ditetapkan sepanjang 21 hari sebelum tiba di Singapura dan menginap di tempat penginapan sendirian.



Bagi penduduk Singapura dan penduduk tetap (PR), permohonan itu perlu dibuat tiga hari sebelum mereka tiba melalui laman web SafeTravel.



Orang yang belum divaksinasi sepenuhnya tetap perlu menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan khusus.



Negara lain yang berada dalam Kategori III termasuk Austria, Belgium, Jepun dan Switzerland.



Orang yang tiba dari negara dalam kategori ini perlu mengambil sejumlah enam ujian swab secara keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >