Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuasa khas polis tangani serangan pengganas dilulus

Diperlukan antara lain demi lindungi operasi keselamatan
Mar 22, 2018 | 05:30 AM



PASUKAN polis kini mempunyai lebih banyak kuasa menangani kejadian serius seperti serangan pengganas termasuk memberi arahan kepada orang ramai supaya menghentikan perbuatan merakam atau mengirim maklumat mengenai insiden serius yang sedang berlaku.



Ini selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Kuasa Khas) (Posspa) semalam.



Namun Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo menegaskan perlaksanaan Arahan Henti Perhubungan (CSO) yang diperuntukkan di bawah Posspa itu tidak bermakna liputan media akan ditegah.



"Biarpun ada CSO, liputan kejadian masih perlu. Justeru polis akan membenarkan media terpilih memasuki kawasan kejadian supaya kejadian boleh dirakamkan bagi urusan lanjutan," jelas Cik Teo semasa membacakan rang undang-undang itu buat kali kedua semalam.



Di bawah CSO, orang ramai boleh diarah supaya menghentikan rakaman filem atau gambar dalam kawasan kejadian dan hentikan perbuatan mengirim mesej teks atau audio mengenai operasi keselamatan yang sedang dijalankan.



Arahan sedemikian, menurut Cik Teo, diperlukan demi melindungi operasi keselamatan.



Beliau menukil beberapa kejadian serangan pengganas di luar negara di mana penyerang berupaya mendapat maklumat tentang operasi polis menerusi siaran langsung di televisyen.



"Kami cuba menghentikan perhubungan yang tidak bertanggungjawab terhadap operasi keselamatan yang mungkin membahayakan nyawa, seperti pihak tebusan," ujar Cik Teo.



Arahan CSO juga khusus kepada lokasi tertentu dan mempunyai had masa, bermakna perhubungan di luar kawasan yang ditetapkan masih dibenarkan dan CSO akan ditarik balik selepas operasi keselamatan tamat, tambah Cik Teo.



Isu CSO merupakan antara isu yang hangat dibahaskan sejak Posspa dibentangkan bulan lalu.



Bahkan dalam kalangan 10 Anggota Parlimen (AP) yang menyertai perbahasan semalam, ramai yang meminta penjelasan tentang perlaksanaan CSO.



Encik Henry Kwek (GRC Nee Soon) misalnya ingin tahu sama ada perbuatan mengongsi maklumat tentang berlakunya serangan menerusi rangkaian tertutup turut dilarang.



"Dalam masa krisis, kita semua ingin memastikan keluarga terdekat berada dalam keadaan selamat dan jauhi lokasi bahaya.



"Justeru kiriman mesej sedemikian akan dijangkakan," kata Encik Kwek.



Memberi respons, Cik Teo berkata CSO tidak ditujukan kepada orang awam yang mungkin terperangkap dalam kejadian tebusan tetapi mencegah kiriman maklumat yang boleh menjejas operasi keselamatan.



Menjelaskan lanjut, Cik Teo berkata CSO merupakan kuasa yang boleh digunakan menurut budi bicara Pesuruhjaya Polis dalam syarat yang tertentu.



Misalnya, jika perhubungan maklumat tentang operasi keselamatan boleh menjejas operasi tersebut atau membahayakan orang yang terlibat dalam operasi itu.



Cik Teo juga menerangkan bahawa pelbagai kuasa khas di bawah Posspa tidak berkuat kuasa secara automatik, walaupun Menteri Ehwal Dalam Negeri telah meluluskan arahannya.



Bahkan setiap kuasa hanya boleh digunakan Pesuruhjaya Polis "apabila ia diperlukan".



Tempoh setiap arahan juga dihadkan bagi tempoh satu bulan. Selepas itu, Menteri mesti membuat arahan baru jika beliau melihat ada keperluan berbuat demikian.



Posspa juga membenarkan penggunaan senjata bahaya, antara lain, untuk menyuraikan perhimpunan awam yang mengancam keselamatan atau keamanan awam.



Namun Cik Teo menekankan ia hanya digunakan sebagai pilihan terakhir.



Selain Posspa, Parlimen turut meluluskan Rang Undang-Undang Filem, yang antara lain memberi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) kuasa memasuki tempat, mencari dan merampas bukti dalam kes serius misalnya yang berhubung filem lucah.




"Kami cuba menghentikan perhubungan yang tidak bertanggungjawab terhadap operasi keselamatan yang mungkin membahayakan nyawa, seperti pihak tebusan."
- Cik Josephine Teo.



Laporan lain: Akta Filem kini beri pegawai IMDA lebih kuasa bertindak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >