Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuatkan semangat jalankan tugas walau dengan sebelah kaki

Apr 14, 2019 | 05:30 AM



KAKINYA hanya satu, tetapi kekurangan itu tidak menghalang Encik Saire Adnan keluar mencari rezeki.



Menggunakan e-skuter, beliau, yang berusia 37 tahun, bertungkus-lumus mengimbangi dirinya dengan bantuan kaki kiri sahaja.



Dengan menyandang sepasang tongkat di badan, penghantar makanan syarikat Deliveroo ini akan menjalankan tugas menghantar makanan hampir setiap hari di kawasan Clementi dan Buona Vista.



"Kadang-kadang saya jatuh juga akibat gagal mengimbangi diri. Kalau terjatuh, saya bangun sendiri, kadang-kadang ada orang tolong saya juga sewaktu membuat penghantaran," kata beliau yang lembut tutur katanya.



Semangat jatuh bangun ini bukan sahaja diamalkan sambil beliau menjalankan tugas sebagai penghantar makanan, malah sewaktu beliau kehilangan kaki kanannya tujuh tahun lalu.



Menurut Encik Saire, beliau terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori semasa berbasikal sewaktu zaman remaja.



Akibat kemalangan itu, kakinya terpaksa dipotong.



"Saya rasa sedih... Kadangkala sampai nangis kerana sedar saya tak ada kaki lagi. Tapi, saya kena kuatkan semangat," katanya.



Sebelum ini, Encik Saire bekerja dalam bidang pemasaran menerusi telefon.



Setelah diminta meninggalkan pekerjaan itu, beliau memutuskan menyertai syarikat UberEATS.



Namun, beliau berpindah ke Deliveroo lebih setahun lalu setelah UberEATS tutup.



Meskipun akur pekerjaannya itu memenatkan kerana beliau hanya bergantung pada kaki kirinya sehinggakan boleh naik lenguh, Encik Saire berkata beliau tidak mahu duduk menunggu bantuan sahaja.



"Saya tak mengharapkan duit bantuan, kerana ia buat sementara. Dengan bekerja, saya boleh raih pendapatan yang lebih. Saya pun datang daripada keluarga yang susah, jadi saya nak bantu keluarga juga, sebab itu kerja sampai sekarang," kongsi beliau, yang tinggal bersama ibu dan dua lagi adik-beradiknya di flat sewa dua bilik.



Biasanya, beliau akan menggunakan e-skuter untuk pergi dari tempat ke tempat, dan setibanya di blok rumah pelanggan, beliau akan mengusung diri menggunakan tongkat untuk menyampaikan makanan ke pintu rumah pelanggan.



"Antara cabaran adalah kalau blok tu takda tangga. Susah saya nak naik," jelas anak kedua dalam tujuh adik beradik itu.



Encik Saire pernah berdepan dengan situasi di mana seorang pelanggan itu tidak percaya bahawa Encik Saire tidak dapat menaiki tangga walaupun sudah diberitahu beliau bertongkat.



"Tetapi setelah beliau turun dan nampak keadaan saya yang bertongkat... beliau suruh saya tunggu. Beliau naik balik dan turun lagi membawa tip..." kongsinya sambil tersenyum.



Rata-ratanya, pelanggan yang melihat keadaannya yang tiba ke pintu rumah dengan keadaan bertongkat, akan memberinya tip, minuman atau pun kata-kata perangsang.



Tambahnya: "Saya gembira dengan pekerjaan ini lebih-lebih lagi jika pelanggan mengukir senyuman setelah mendapat makanan... Bagi orang kurang upaya di luar sana, jika saya boleh, anda pun boleh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >