SEEKOR lagi kucing ditemui mati di Yishun, di laluan pejalan kaki di sebelah sebuah stesen minyak berhampiran Blok 732, Yishun Avenue 5, malam kelmarin.
Kumpulan penggemar kucing Yishun 326 Tabby memuat naik gambar kucing itu di Facebook dan meminta sesiapa yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil.