Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kucing ke-20 ditemui mati di Yishun

Jan 22, 2016 | 12:06 PM



SEEKOR lagi kucing ditemui mati di Yishun, di laluan pejalan kaki di sebelah sebuah kedai minyak berhampiran Blok 732, Yishun Avenue 5 pada Khamis (21 Jan) malam.


Kumpulan minat kucing Yishun 326 Tabby memuat naik gambar kucing itu di Facebook dan merayu saksi dan maklumat.


Ia kematian kucing-20 yang dilaporkan di Yishun sejak September lalu. Dua lagi kucing cedera parah.


Kematian kucing ke-19 dilaporkan pada Selasa (19 Jan), di dalam sebuah longkang di Blok 361, Yishun Ring Road.


Pada 29 Disember lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun, Lee Wai Long, didakwa membuang seeekor kucing dari tingkat 13 Blok 115B Yishun Ring Road.


Dia kemudian ditahan di Institut Kesihatan Mental agi penilaian psikiatri.


Lee, yang menghadapi satu tuduhan kekejaman haiwan, dibenarkan ikat jamin $10,000 pada Selasa.


Kesnya akan disebut di mahkamah pada Februari 15. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 18 bulan, denda hingga $ 15,000, atau kedua-duanya.


Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hukuman maksimum ialah denda $30,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes penderaan kucing boleh menghubungi Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) di talian 1800-4761600, e-mel ava_cawc@ava.gov.sg atau hubungi talian 24 jam Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) di 6287-5355, sambungan 9.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >