SEBUAH gambar yang memaparkan seekor kucing dengan bahagian utama badannya hilang dan tubuhnya dikerat telah menimbulkan kemarahan di kalangan pencinta haiwan.
Gambar tersebut, dengan imej bahagian badan kucing mengerikan itu dikaburkan, telah dikirimkan ke laman Facebook Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) hari ini, Selasa (15 September).
Persatuan itu berkata, seorang pemberi makan kucing menemui saki baki bangkai haiwan itu yang merupakan kakinya, sementara seekor lagi ditemui dengan tubunya dikerat.
Kucing-kucing itu ditemui di Dormitori Tampines, No. 2 Tampines Place, yang menempatkan para pekerja asing.
Di bawah Akta Burung dan Haiwan, mereka yang didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap binatan boleh dipenjara sehingga 12 bulan dan denda sehingga $10,000.