Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuil Buddha derma $1j tubuh geran pendidikan bagi pelajar SUTD

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI Teknologi dan Desain Singapura (SUTD) semalam menerima sumbangan derma $1 juta daripada kuil Buddha Cheng Hong Sian Tng untuk menubuhkan geran pendidikan bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.



Geran Peluang Pendidikan SUTD (SEOG) - Cheng Hong Sian Tng, yang tidak mempunyai sebarang ikatan, akan menawarkan sokongan kewangan kepada pelajar sarjana muda dalam jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).



Setiap pelajar di bawah geran tersebut akan menerima $7,500 setiap tahun untuk membiayai yuran pengajian dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengajian mereka.



Hadir sebagai sebagai tetamu terhormat di majlis penyampaian cek di SUTD petang semalam ialah Mayor CDC South East Encik Mohd Fahmi Aliman.



Dalam ucapannya, Encik Fahmi melahirkan perasaan gembira melihat masyarakat menghulur bantuan membantu antara satu sama lain untuk memastikan pelajar dari keluarga pendapatan rendah berpeluang menerima pelajaran berkualiti.



"Golongan belia kita akan menjadi generasi pemimpin dan tenaga kerja kita yang akan mengemudi masa depan negara kita.



"Oleh itu, adalah penting bagi kita membantu mereka - tidak kira latar belakang keluarga mereka - meraih peluang untuk mendapatkan pendidikan," Encik Fahmi.



Tambahnya, bantuan ini akan memberi peluang untuk golongan belia mencapai potensi tertinggi mereka dengan adanya akses kepada pendidikan yang lebih tinggi.



Turut hadir di acara itu semalam ialah Pengerusi Cheng Hong Sian Tng, Encik Tang Weng Kui dan Presiden SUTD Profesor Chong Tow Chong.



Di acara itu, Profesor Chong berkata:



"Di SUTD, kami berkomitmen untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang layak akan kehilangan reka bentuk pendidikan yang unik kerana keadaan kewangan mereka. Dengan beberapa skim bantuan kewangan, termasuk SEOG, kami percaya bahawa pelajar-pelajar ini dapat mempunyai akses kepada program kami ke dunia yang lebih baik, bebas dari masalah kewangan."



Encik Tang pula berkata dengan teknologi berubah dengan pesat, beliau menekankan kepentingan bagi generasi akan datang kekal relevan melalui pendidikan.



"Mandat Cheng Hong Siang Tng adalah untuk selalu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Melalui sumbangan ini kepada SUTD, kami berharap agar para belia dari golongan keluarga yang kurang bernasib baik juga dapat memperoleh pendidikan tinggi dalam bidang STEM dan menentukan masa depan sendiri," ujar Encik Tang.



Selain menawarkan geran tersebut, Cheng Hong Siang Tng juga telah juga menyampaikan baucar NTUC bernilai $5,000 untuk diagih kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Gelyang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >