Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kukuhkan hubungan, elak stereotaip demi cegah politik identiti, fahaman berpuak berakar: Lawrence Wong

Nov 23, 2021 | 04:04 PM



 





SINGAPURA harus berjaga-jaga agar tidak membenarkan perbezaan memecah belah rakyat buat selamanya, sedang ia bangkit semula daripada masa sukar ekoran pandemik, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini meskipun beliau akur adalah sifat semula jadi untuk merasa selamat dalam masyarakat masing-masing dan melihat kepada masyarakat lain sebagai punca tekanan dan kekecewaan.



Berkongsi pandangan mengenai bagaimana Singapura dapat menangani fahaman berpuak (tribalism) dan politik identiti yang meningkat dalam sidang mengenai identiti anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Encik Wong menggesa rakyat agar  antara lain, mengukuhkan hubungan antara manusia dengan meningkatkan norma sosial seperti sifat berbuat baik.



Selain itu, rakyat harus mengelak daripada menetapkan stereotaip bgi sesetengah kumpulan atau mengandaikan yang setiap masyarakat itu adalah monolitik atau seragam.



Dalam ucapannya, Encik Wong akur bahawa konflik yang wujud sejak sekian lama di antara identiti nasional dan puak terus “menjadi antara kuasa yang memacu keganasan dalam dan antara negara”



“Fahaman berpuak baru” dalam masyarakat moden pula meliputi pelbagai isu, daripada hak mengundi mahupun vaksinasi, jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >